“Boleh masuk majlis resepi ini, Dr Jamu bagi 5(icon star)”. Resepi ini diperolehi dari Dr Nor Aini Idris yang pernah bekerja dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pemakanan. Orangnya sangat baik dan tulus ikhlas memberi resepi yang kebanyakannya adalah resepi keluarga beliau sendiri. Kali terakhir Dr Jamu masa
Daging dendeng ini sangat sedap dan boleh disesuaikan dengan selera sendiri samada hendak pedas atau kurang pedas atau lebihkan manis sedikit atau sebaliknya. Berbagai versi dendeng yang pernah dimakan tetapi yang ini terbaik!.
Cubalah, hasilnya berbaloi dengan masa yang dicurahkan.
Bahan-bahan
Daging – 2kilo
Cili kering- 75gm
Bawang goreng- 1 cawan
Bawang besar 3 biji
Kicap pekat masin 200ml
Belacan 1/2 inci
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara Penyediaannya:
- Potong daging seketul besar dan rebus sehingga empuk dan sejukkan
- Hiris daging mengikut ira panjang setebal 1/2 inci
- Tumbuk daging hingga menjadi kepingan nipis. Dr. Jamu masukkan daging dalam plastik dan tumbuk guna anak lesung).
- Celup dengan kicap pekat dan goreng hingga garing
- Mesin cili, belacan dan bawang besar
- Tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
- Masukkan air asam, kicap, gula dan bawang goreng. Kacau rata.
- Masukkan daging dan balik-balikkan dengan perlahan sehingga daging bersalut cantik.
- Suaikan rasa. Daging ini sedap dimakan dengan nasi, ketupat dan lemang
Related posts
Recent Posts
Recent Comments
- pn asmah on Jus tomato Untuk Kulit Cantik dan Kekal Sihat
- siti zubaidah kelantan on Tips penting memilih pengasuh
- alia on Jus tomato Untuk Kulit Cantik dan Kekal Sihat