=

Pernahkah anda terfikir antara susu lembu atau susu kambing yang mana lebih sesuai untuk diminum oleh anda sekeluarga? Jika anda ingin mencuba susu kambing, ini mungkin jawapan untuk anda sekeluarga untuk memilih susu kambing berbanding susu lembu.

1.Alahan kepada susu lembu

Sebab utama pemilihan susu kambing adalah apabila mengalami alahan kepada susu lembu terutamanya kepada golongan kanak-kanak kecil. Kajian menunjukkan sebab utama terjadi alahan kepada susu lembu adalah disebabkan oleh β-lactoglobulin. Iaitu salah satu jenis protein yang terkandung di dalam susu lembu. β-lactoglobulin ini tidak ditemui di dalam susu kambing mahupun susu ibu [1]. Kajian perubatan juga menyarankan pemberian susu kambing kepada bayi apabila susu ibu tidak mencukupi [2], seeloknya bayi yang berumur setahun ke atas. Walaubagaimanapun berbincang dahulu dengan doktor untuk kepastian.

Kredit:http://www.hergamut.com/milk-allergy-symptoms-in-babies/
Image: www.hergamut.com/milk-allergy-symptoms-in-babies/

2.Mudah dihadam

Lebih mudah dihadam kerana globul lemak susu kambing lebih kecil daripada susu lembu. Ini memudahkan badan menyerap asid amino dengan lebih efektif [3]. Jika anda dan keluarga mempunyai masalah penghadaman, cubalah minum susu kambing.

Globul lemak susu kambing lebih kecil daripada globul lemak susu lembu

3.Sesuai untuk tambah berat badan

Kajian  dikalangan kanak-kanak yang tidak cukup makan di Madagascar, menunjukkan susu kambing dapat menambahkan berat badan berbanding dengan susu lembu [4].Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang berat badan dan kurang selera makan, disyorkan anak anda mencubanya. Walaubagaimanapun bagi kanak-kanak yang sudah mencapai berat ideal, tidak salah mengambilnya kerana ianya juga bergantung kepada kuantiti pengambilan. Contohnya jika anda makan nasi berpinggan-pinggan setiap hari, mestilah berat badan bertambah bukan?

 

4.Menurunkan kadar kolestrol

Dapat menurunkan kadar kolestrol kerana susu kambing mempunyai kandungan rantai asid lemak yang pendek [5].

Kredit:http://www.thebrunettediaries.com/5-natural-ways-to-reduce-cholesterol-without-exercise/

5. Nilai nutrisi

Susu kambing mempunyai nutrisi yang hampir sama dengan susu lembu, bezanya adalah kuantiti nutrisi. Disini hanya membandingkan sesetengah vitamin dan zat mineral sahaja. Contohnya;

Nutrisi, (Berdasarkan 100g susu)

Kambing Lembu
Kalsium 134 122
Vitamin A 185 126
Vitamin D 2.3 2.0
Folat 1.0 5.0
Vitamin B12 0.065 0.357

Ianya juga bergantung kepada keperluan anda, jika anda kekurangan vitamin A pilihlah susu kambing. Jika anda ingin lebihkan  folat dalam diet anda pilihlah susu lembu. Bagaimanapun Vitamin A atau folat bukanlah semata-mata boleh didapati dari susu. Anda juga boleh dapatkan dari sumber makanan yang lain. Yang penting bagi Dr. Jamu adalah kandungan kalsiumnya, iaitu lebih tinggi daripada susu lembu. Sebab itulah tujuan utama kita minum susu. Juga mengalakkan wanita hamil untuk minum susu kambing, kerana kalsium dan vitamin D  lebih tinggi daripada susu lembu. Vitamin D pula diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium dalam badan.

 

Rujukan

[1] Park, Y.W. 1994. Hypo-allergenic and therapeutic significance of goat milk. Small Ruminant Research 14, 151-159.

[2] Carver, J.D. 2003. Advance in nutritional modifications of infant formula. The American Journal of Clinical Nutrient, 77(6) 1550S-1554S.

[3]Park, Y.W. 2009. Bioactive Components in Goat Milk Bioactive Components in Milk and Dairy products. Wiley-Blackwell. 43-81.

[4] Park, Y.W. 2009. Bioactive Components in Goat Milk Bioactive Components in Milk and Dairy products. Wiley-Blackwell. 43-81

[5] Alferez et al, 2001. Digestive utilization of goat and cow milk fat in malabsorption syndrome. Journal of Dairy Research. 68, 451-461.