=

Tahukah anda bahawa ibu yang mengambil minuman berkafein seperti kopi atau teh boleh  mengganggu proses perkembangan fetus di dalam kandungan ibu?  Begitu juga pengambilan kafein semasa penyusuan bayi (breasfeed) menyebabkan susu ibu  mungkin mengandungi kafein.  Ini menyebabkan bayi anda sukar tidur dan meragam (irritability). Cuba hindari dan hadkan pengambilan minuman berkafein dengan memilih alternatif lain seperti milo panas, jus buah, susu atau sedikit perahan lemon bagi memberi variasi  kehidupan semasa penyusuan bayi.

Image: www.babble.com

Rujukan

Schuler. J & Curtis G.B. Your Pregnancy Week By Week. 2016. Da Capo Press. 8th Edition, 137.