BISNES DALAM INDUSTRI KOTEJ
Memulakan bisnes Kek Lapis Sarawak tidak memerlukan modal yang tinggi, Cukup
hanya mempunyai bahan asas peralatan iaitu ketuhar, bahan kek dan kemahiran
menghasilkan kek lapis yang sedap untuk pelanggan. Bermula secara kecil-kecilan
dengan menjual kepada jiran tetangga, saudara mara, menghantar ke kedai-kedai
dan seterusnya ia boleh dikembangkan ke pasaran yang lebih luas merentasi
sempadan dan negeri. Beberapa bantuan kewangan juga diberikan kepada
golongan suri rumah memupuk pertumbuhan industri kotej seperti Amanah Ikthtiar
Malaysia (AIM), TEKUN, MARA, Bank Negara dan sebagainya.
Potensi Industri makanan Kek Lapis Sarawak terbentang luas berdasarkan sifatnya
yang ‘versatile’ dan mendapat permintaan untuk berbagai perayaan seperti Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavalli, Krismas, Hari Gawai dan Majlis
Kenduri.
Dengan sedikit kreativiti pembungkusan, kek lapis Sarawak sangat sesuai untuk
dijadikan ‘doorgift’ untuk tetamu sempena Majlis Makan Malam, perkahwinan dan
pertunangan.
Ramai usahawan wanita terutamanya dari Sarawak berjaya dalam dunia perniagaan
dengan mengeluarkan produk kek lapis Sarawak secara komersil. Buktinya mereka
telah mempunyai bakeri kek lapis sendiri
Bagi pasaran komersil, bahan pengawet digunakan disamping menggamalkan
kaedah penyimpanan dan pembungkusan yang betul bagi memanjangkan jangka
hayat kek lapis Sarawak. Kajian MARDI mendapati kek lapis yang dibungkus
menggunakan lapisan polivinil klorida (PVC) dan Oriented Nylon /LLDPE bersama
pnyerap oksigen boleh bertahan selama 3 bulan pada suhu bilik tanpa menjejaskan
kualiti rasa dan rupanya. Didapati kek lapis yang dijual secara tradisional tidak
menggunakan pengawet kerana dibuat mengikut tarikh permintaan pelanggan.
Sejarah
Kek lapis Sarawak mula popular sekitar tahun 1980an yang dihidang khusus di
musim perayaan Sarawak dan menjadi hidangan rasmi untuk tetamu. Kek lapis ini
dipercayai berasal dari negara jiran Indonesia sejak zaman kolonial Belanda. Tidak
seperti Kek Lapis Legit dari Indonesia, yang mempunyai satu warna dan dilapis
nipis, kek lapis Sarawak divariasikan dengan berbagai rasa, warna dan bentuk.
Rupa parasnya yang menarik serta mempunyai pelbagai rasa dan perisa menarik
perhatian pengunjung yang mengunjungi negeri Sarawak.
Lantaran itu, Kek Lapis Sarawak tersenarai dalam kategori Industri Makanan Kotej
yang kini menjadi “signature” makanan tradisi Sarawak. Pengiktirafan kerajaan
negeri Sarawak dengan meletakkan juadah istimewa ini antara produk rasmi
Sarawak secara tidak langsung meninggikan ranking kek lapis Sarawak di mata
masyarakat dalam dan luar negara.
Tidak sah melawat Sarawak, jika tidak membawa ole2 kek lapis Sarawak untuk
dijadikan sebagai cenderahati untuk di bawa pulang.
Kenali Kek Lapis Sarawak
Bahan dan kandungan asas Kek Lapis Sarawak adalah sama dengan kek komersil
iaitu tepung gandum, telur, gula, lelemak seperti butter atau marjerin, kondisioner
makanan, perisa dan pengawet. Olahan ramuan lain yang mencipta kelainan kek
dari segi rasa dan hasilnya ditambah dengan berbagai perisa, jem, pes seperti
coklat, kopi, stawberri, nenas, nutella, kiwi, buah-buah kering seperti kismis, kurma
dan berbagai jenis biskut yang menambah kelazatan dan kelainan kek lapis
Sarawak.
Kek lapis Sarawak mempunyai 2 jenis iaitu jenis gulung atau roll dan jenis biasa
yang boleh dipotong mengikut saiz. Kecantikan dan kesenian kek dapat dilihat
dengan memotong kek tersebut. Istimewanya walaupun dipotong kecil, cantuman
lapisan kek tetap rapi dan tidak pecah. Kek lapis yang berkualiti mempunyai teksur
yang lembut, halus dan licin dengan kemanisan yang sederhana.
kek lapis Sarawak dibuat secara teliti dan dibakar selapis demi selapis yang
memakan masa sehingga 3-4 jam. Bagi menghasilkan bentuk atau corak yang unik,
kek dicantum menggunakan jem atau pes. Keistimewaan kek lapis terserlah dengan
corak dan motif dan tekstur yang lembab. Harga kek lapis ditentukan berdasarkan
corak yang rumit, penggunaan bahan mentah yang berkualiti (gred A) dan jangka
masa proses.
Berbagai jenis dan nama kek kini dijual dipasaran. Bermula dengan varieti asli dari
Indonesia iaitu kek legit, kek rempah, kek Surabaya dan diinovasi oleh generasi baru
Sarawak dengan menghasilkan Kek Lapis Qalas Qalas.
Kek Lapis Hawflakes
Kek lapis hawflakes ini diperolehi dari seorang kenalan 15 tahun yang lalu. Mulanya
bila tengok 10 biji telor dan prosesnya yang agak rumit, rasa berat hati untuk
mencuba. Prosesnya mengambil masa hampir 3-4 jam yang memerlukan
kesabaran dan ketelitian. Sabar menyusun hawflakes satu persatu di loyang
ditambah dengan wap air kukus yang kena tangan dan muka. Kali pertama
membuatnya memang taubat sambal belacan, tapi bila dah merasa sekeping,
sedapnya tidak terkata. Bagi 5 bintang di atas rasanya yang lemak
berkrim. Kehadiran hawflakes yang masam manis memberi imbangan rasa yang
sempurna dengan gandingan susu lemak manis. “Boleh masuk majlis” kerana kek
ini cantik dengan kesederhanaan lapisan yang sempoi. Sesiapa
yang membuatnya pada kali pertama, pasti akan mengulangi membuatnya lagi
biarpun remeh. Ini ips untuk yang baru nak mencuba. Cara kerja
dan prosesnya ditambahbaik hasil dari pengalaman dalam 9 kali membuatnya.
Tips Kek Lapis Hawflakes Kukus
- Beli telor segar
- Pastikan telor kuning tidak termasuk dalam putih telor ketika proses pengasingan.
Kalau tidak putih telor susah nak kembang dan memutih
- Pastikan campuran butter dan gula dipukul kembang sehingga putih
- Sediakan kukusan dan masukkan air hampir penuh
- Panaskan kukusan terlebih dahulu 10 minit sebelum proses adunan siap
- Bungkus tutup kukus dengan kain supaya air tidak jatuh ke atas kek (
selalu tukar kedudukan kain yang basah ke atas penutup, sekiranya kain basah
dengan wap)
- Sekiranya air kukusan hanmpir kering, masukkan air panas ( sediakan
lebih awal cerek letrik)
- Buka dulu hawflakes satu-satu, kerana ada yang melekat
- Sebaiknya gunakan dapur gas yang boleh diletakkan di lantai supaya senang
kerja melapis.
KEK LAPIS HAWFLAKES
Susu Pekat – 1 tin
Biskut Soda – 1 cawan
Butter – 1 ½ buku
Baking Powder – 2 sudu kecil
Gula – 1 ½ cawan
Telor – 10 bii (Asingkan putih dan kuning)
Vanilla – 1 sudu
Hawflakes – 20 bungkus
Pewarna hijau
CARA
- Pukul gula+ butter
- Masukkan kuning telor satu persatu
- Dalam bekas lain, pukul putih telor hingga memutih
- Masukkan putih telor
- Masukkan susu pekat
- Masukkan vanilla
- Masukkan baking powder
- Masukkan biskut
PROSES MENGUKUS
- Panaskan kukus dan sapu loyang dengan butter diakhiri dengan taburan tepung.
- Bahagikan 2 adunan sama rata. Warnakan 1 bahagian dengan pewarna hijau. dan 1 bahagian lagi warna asal adunan.
- Letak loyang dalam kukus dan letak adunan seperti gambar. Selangseli melapis adunan seperti berikut:
- Letak warna asal dalam loyang. Ratakan adunan, Kukus dalam anggaran masa 5 minit. Pastikan lapisan telah masak.
- Susun hawflakes dan letak adunan hijau, ratakan dan kukus semula
- Ulangi proses (i) dan (ii) hingga adunan habis.