=

Hampir semua wanita risau dan bimbang dengan risiko keguguran di awal kehamilan. Lagi-lagi ianya adalah kehamilan kali pertama yang dinantikan. Tidak kurang juga kepada mereka yang susah untuk mendapat anak yang seterusnya. Pastinya anda akan lebih berhati-hati.  Diharapkan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Kredit: www.thesun.co.uk

Penyebab utama keguguran pada awal kehamilan adalah selalunya disebabkan embrio tidak membesar secara normal. Walaubagaimanpun dipercayai masih ada sebab-sebab lain yang meningkatkan keguguran seperti yang berikut:

Faktor meningkatkan risiko keguguran pada awal kehamilan

1.Penggunaan aspirin

Kalau boleh jangan mengambil sebarang ubatan tanpa kebenaran doktor kerana takut akan memberi kesan kepada kehamilan seperti panadol.

2. Pengambilan cafein sebelum dan ketika kehamilan

Elakkan pengambilan kafein sewaktu merancang untuk hamil lagi untuk mengelakkan keguguran di awal kehamilan. Teruskan mengelak pengambilan kafein, ketika kehamilan juga. Ringkasnya elakkan kafein sehingga lah anda melahirkan anak. Tidak rugi pun, hal ini kerana kerana kafein boleh memberi kesan negatif kepada kehamilan anda.  Untuk peminat tegar minuman yang berkafein seperti kopi dimana pengambilannya hampir setiap hari dan berlebih-lebihan, pastinya perkara ini memberi kesan kepada kehidupaan anda. Nak tak nak, terpaksalah anda berkorban untuk sementara waktu.

 3. Umur pasangan

Umur pasangan juga kemungkinan akan memberi kesan kepada kehamilan anda.  Kajian mendapati umur lelaki yang lebih 35 tahun akan meningkatkan risiko keguguran pada isterinya walaupun isterinya masih muda.

Rujukan

Schuler. J & Curtis G.B. Your Pregnancy Week By Week. 2016. Da Capo Press. 8th Edition, 83.