Sambungan Ke Media Social

Resepi

Resepi Puree Bayi

Bayi boleh diperkenalkan kepada makanan pepejal seawal umur 6 bulan sebagai pelengkap selain daripada susu. Harus diingatkan, walaupun bayi sudah mula makan, bayi mestilah terus diberikan susu sehingga usia 2 tahun. Menyediakan puree bayi sangat menyeronokkan terutamanya kepada first time moms kerana kita rasa macam bayi kita dah besar, dah boleh makan dah! (Yela, sebelum ni hanya minum susu 24 jam) Hehe. Cik Belle sendiri akui, sangat seronok ketika pertama kali shopping untuk membeli makanan untuk diberi kepada bayi Cik Belle. Fefeeling motherly sangat! ;p

Entri kali ni Cik Belle nak kongsikan beberapa resipi puree bayi yang mudah dan berkhasiat yang sesuai untuk diperkenalkan sebagai baby’s first food. 

1. Puree Avocado

Jika anda kesuntukan masa dan ingin menyediakan puree yg mudah tapi berkhasiat, avocado adalah salah satu pilihan yang baik. Ia kaya dengan vitamin C, vitamin B dan serat. Masa penyediaan tidak sampai 10 minit. Ia juga boleh dijadikan snek harian. Caranya adalah:
1. Potong avocado kepada dua bahagian dan keluarkan bijinya. Scoop isinya menggunakan sudu.

2. Masukkan ke dalam blender bersama-sama air kosong dan sedikit extra virgin olive oil (optional).

3. Blend avocado sehingga halus.

4. Tambah sedikit susu untuk tekstur yang lebih berkrim jika suka, dan siap untuk dihidangkan untuk si comel.

2. Puree Ubi Keledek

Ubi keledek atau sweet potato sangat kaya dengan beta carotene, yang kemudiannya akan ditukarkan kepada vitamin A, selain daripada kaya dengan serat yang membantu untuk penghadaman bayi dan juga mengandungi zat besi yang sangat penting untuk tumbesaran bayi.

Cara menyediakan puree ini ialah:

1. Basuh bersih-bersih ubi keledek dan potong kecil-kecil kepada bentuk dadu.

2. Stimkan ubi keledek bersama kulitnya selama 15-20 minit, dan pastikan ubi keledek betul-betul empuk.

3. Biarkan sejuk seketika sebelum dikupas kulitnya dan blendkan sehingga halus.

4. Tapis ubi keledek untuk memastikan tiada serat ubi yang tertinggal dan bolehlah dihidangkan kepada bayi anda.

3. Puree Epal

Epal juga sangat sesuai untuk dijadikan puree kerana teksturnya yang lembut. Epal kaya dengan anti oksidan dan vitamin C. Penyediaan puree epal lebih kurang seperti penyediaan puree ubi keledak.

Cara menyediakan puree ini ialah:

1. Basuh bersih-bersih buah epal dan kupas kulitnya. Potong kecil-kecil kepada bentuk dadu.

2. Stimkan epal selama 15-20 minit, atau sehingga epal betul-betul empuk.

3. Biarkan sejuk seketika dan blendkan sehingga halus.

4. Siap untuk dihidangkan.

4. Puree Lobak & Ayam

Ayam merupakan salah satu protein yang kaya dengan zat besi dari sumber heme. Pada peringkat awal, Cik Belle mencampurkan ayam pada puree lobak untuk membiasakan bayi Cik Belle dengan rasa ayam. Oleh sebab puree sebelum-sebelum ini semua rasanya manis, bayi Cik Belle tidak berapa gemar dengan rasa ayam yang agak hambar ini. Haha.

Cara penyediaan:

1. Basuh bersih-bersih lobak dan kupas kulitnya. Potong kecil-kecil kepada bentuk dadu. Ulang cara yang sama untuk ayam.

2. Stimkan lobak dan ayam selama 15-20 minit, atau sehingga keduanya betul-betul empuk.

3. Biarkan sejuk seketika dan blendkan sehingga halus. Cik Belle blend asing-asing.

4. Siap untuk dihidangkan.

Sebenarnya, banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran lain yang boleh dijadikan puree. Antara yang Cik Belle pernah sediakan adalah pisang, pear, kurma, lobak, dan brokoli.

Anda juga boleh mix and match puree bayi anda untuk variasikan rasa dan elakkan bayi daripada merasa bosan. Contohnya puree avocado-pisang dan lobak-ubi keledek.

Selamat mencuba!

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement