Sambungan Ke Media Social

Tips

Tips paling jimat dan mudah untuk cerahkan muka secara semulajadi

Tips cerahkan kulit ini adalah daripada pengalaman Dr. Jamu sendiri, memandangkan di antara adik-beradik Dr. Jamu lah yang paling gelap sekali. Yang lain putih dan cerah. Keliru juga Dr. Jamu pada mulanya, yalah seibu dan sebapa. Tetapi warna kulit berbeza pula. Hehe. Namun, Dr. Jamu redha dan cuba mencerahkan diri supaya sekufu dengan yang lain. Akhirnya berjaya juga Dr. Jamu mencerahkan diri dengan menggunakan tips mencerahkan muka secara semula jadi ini. Hampir berbelas tahun, Dr. Jamu mengamalkannya iaitu sejak di bangku sekolah lagi. Ianya sangat jimat, selalu ada di dapur anda dan yang paling penting berkesan. Jika anda rajin mengamalkannya, besar kemungkinan anda akan memiliki kulit yang cerah secara semulajadi secara kekal.

 

Kredit: beauty.onehowto.com

1.Masker kentang

 

Image: hawkerbarnyc.com

Anda boleh dapatkan kesan pencerahan serta merta dengan menggunakan masker kentang, kerana kentang dipercayai boleh bertindak sebagai “skin bleaching”. Jika anda ingin mengikuti majlis penting seperti makan malam tahunan, Dr. Jamu syorkan menggunakan masker kentang ini sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Ini pastinya akan membantu anda mendapatkan hasil solekan yang lebih baik. Masker kentang ini, bukan sahaja mampu mencerahkan kulit. Malah penggunaan secara berterusan mampu menghilangkan parut jerawat.

Mudah sahaja cara membuat masker kentang ini. Anda hanya perlu mengupas kulit dan memarutnya ataupun mengisarnya. Kemudian letak sedikit tepung atau bedak sejuk untuk dijadikan seperti pes. Akhir sekali tempelkan pada muka dan biarkan 10-15 minit. Seeloknya dibiarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

2. Masker lemon

Image: nutritionyoucanuse.com

Lemon mengandungi Vitamin C (asid askorbik) yang tinggi, di mana asid askorbik ini boleh menunjukkan kesan pencerahan pada kulit [1]. Jadi anda boleh mencerahkan muka atau kulit tanpa memberi kesan sampingan yang negatif. Anda juga boleh menggantikan lemon dengan buah citrus yang lain seperti limau nipis. Oleh kerana lemon bersifat asid lemah, elakkan terkena pada kulit yang luka untuk mengelakkan rasa pedih.

Cara untuk membuat masker lemon ini, mudah sahaja. Pertama sekali sagat dan perah setengah biji lemon, dan campurkan bersama madu atau gula untuk mengurangkan keasidan. Anda juga boleh mencampurkan yogurt untuk mendapatkan kesan kulit yang lembut. Gosok atau sapukan pada muka dan biarkan hingga kering. Akhir sekali bilas dengan air sehingga bersih.

3. Skrub kopi

Image: www.huffingtonpost.com

Skrub kopi bukan sahaja mampu mencerahkan kulit muka, malah ianya mampu memberi kesan ” glowing” pada kulit anda. Sesuai sangat digunakan kepada mereka yang selalu mengalami masalah kulit kusam. Caranya mudah sahaja iaitu kisar kopi anda sehingga halus, kemudian campurkan dengan susu, yogurt dan minyak zaitun untuk mendapatkan kulit lembut dan licin bak sutera. Jika tiada bahan-bahan seperti susu dan yogurt, anda boleh campurkan kopi , air dan gula ataupun garam laut sudah memadai. Kemudian gosok atau lumurkan skrub ini pada muka anda, biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih.

4. Masker betik

papaya masker

Image: www. stylecraze.com

Masker betik ini sangat praktikal digunakan kepada mereka yang sememangnya menyukai buah ini. Jika anda makan, jangan lupa simpan sedikit untuk dibuat masker. Hal ini kerana masker betik kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Ianya mampu mencerahkan kulit anda, malah dapat membantu mengurangkan jerawat dan sebagai anti-penuaan. Cara-cara untuk membuat masker ini ialah lecekkan sepotong betik yang sudah masak. Kemudian campurkan dengan sedikit dengan susu tepung, untuk memberikan kecerahan dan kelembapan berganda pada kulit anda. Seterusnya, tempelkan pada kulit muka anda dan biarkan selama 10-15 minit atau tunggu sehingga kering. Akhir sekali bilas dengan air bersih dan lap kering muka anda.

Image: www.dermstore.com

Memang banyak produk berasaskan betik kerana manfaatnya kepada kecantikan dan juga kesihatan. Contohnya, produk seperti  jenama June Jacobs (papaya purifying enzyme masque) yang dijual sekitar RM 315. Oleh itu, kepada mereka yang kurang berkemampuan masker betik secara semulajadi lah yang paling terbaik untuk anda. Bukan sahaja berkesan tetapi menjimatkan.

5. Skrub beras pulut

Image: www. livestrong.com

Skrub ini mampu memberikan kecerahan secara kekal, jika anda rajin dan berterusan memakainya (sekurang-kurangnya seminggu sekali selama 1-3 tahun). Skrub beras pulut hitam ini juga mampu, membuang sel-sel mati di kulit anda. Ianya sesuai juga diaplikasikan, untuk mereka yang mengalami “sunburn”. Cara-cara untuk menyediakan skrub ini ialah salai beras pulut hitam terlebih dahulu, untuk mematikan bubuk jika ada . Kemudian kisar sehingga halus, campurkan dengan asam jawa dan air. Gosok pada kulit muka dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga kering. Akhir sekali bilas dengan air sehingga bersih.

Image: www. holistic. vanity.ca

Selepas anda mencuba tips ini, jangan lupa menggunakan “sunblock” untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari. Ini penting untuk mengelakkan kulit anda gelap kembali dan mengelakkan penyakit kulit seperti  hiperpigmentasi [1]. Semoga berjaya!!!

Rujukan

[1] Ephrem, E., Elaissari, H. & Gerges, G. H. 2017. Improvement of skin whitening agents efficiency through encapsulation; current state of knowledge. International Journal of Pharmaceutics.526; 50-68.

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement