Sambungan Ke Media Social

Tips

Tips Hapus lipas di kereta

Nak tercabut jantung, bila nampak lipas lalu dalam kereta. Yang takut lipas, memang paham lah perasaan ini. Tapi bagi yang tak takut, tak kan lah nak bagi kereta kita sebagai tempat pembiakan lipas. Tak pasal-pasal boleh penuh kereta dibuatnya. Lipas ni biak dengan cepat. Jadi apa tips yang paling mudah untuk hapus lipas dalam kereta. Ini pengalaman Dr. Jamu sendiri. 

 

1.Hapuskan kelembapan

Dah lebih 7 tahun, Dr. Jamu makan di kereta, tahun ini barulah ada lipas. Nak kata kotor sangat kereta, tak lah pula. Standard sahaja.   Jadi, punca utamanya mungkin sebab Dr. Jamu  tumpahkan air kosong dan ada kala dengan kuantiti yang banyak dalam kereta. Nak buat susu kat anak, kelam kabut punya pasal selalu tak tutup dengan kemas botol air. Bila tumpah, Dr Jamu rileks jelah. Air kosong sahajakan, nanti meruap lah dengan sendiri. Tapi salah pemikiran Dr. Jamu, air tak dapat meruap dengan sepenuhnya bila tumpah bawah pengalas kereta. Bila ada makanan, ada pula kelembapan, jadi sesuai lah lipas membiak dengan jaya-nya!! Bila dah jumpa lipas dalam kereta, jangan tunggu lama. Sebab lipas ini boleh membiak dengan cepatnya. Tak pasal-pasal boleh penuh satu kereta dibuatnya.  Jadi terus bersihkan kereta dan bunuh si lipas!!!

Salah satu tempat pembiakan lipas-dibawah pengalas kak

 

2. Bunuh dengan shieldtox Cockroach Kill Spray

Pilih untuk guna Shieldtox sebab paling mudah di beli dan ada di kedai-kedai. Kalau nak beli yang organik punya, selalunya dalam online. Lewat pula nak membunuh si lipas. Tambahan pula, shieldtox ini memang berkesan. Sekali spray dah boleh mati. Jadi, Dr. Jamu spray pada bahagian karpet kereta. Terkejut juga. Nampak macam tiada apa-apa. Bila spray terliuk-liuk baby-baby lipas. PUAS HATI.

Cuba cari dimana lipas

Shieldtox , baunya kurang menyenangkan. Lepas spray jangan lah duduk pula dalam kereta-mahu pengsan dibuatnya. Lepas spray, cepat-cepat tutup pintu dan biar seketika. Mula-mula tak jumpa pun mayat ibu bapa lipas. Stress jugak Dr. Jamu. Anak sahaja mati, mak bapak entah ke mana.  Tapi lepas round ke 5, ada pun mayat lipas dewasa. Total mayat lipas dewasa ada 5 ekor. Syukur, lepas pembasmian lipas ini, dah tak ada lipas dalam kereta. Boleh keluar malam dengan hati tenang. Kalau tak menjerit anak beranak dalam kereta. Kalau jadi driver mahu kemalangan dibuatnya.

 

Anak lipas

 

Bapak lipas

 

 

3. Bersihkan kereta secara berkala

Walaupun tragedi lipas membiak dalam kereta, nampaknya kami anak beranak masih tak insaf. Masih mahu makan dalam kereta. Bosan lah tak makan, lagi-lagi kalau perjalanan jauh. Maka penyelesaianya, lepas makan kenalah bersihkan kereta. Bersihkan kereta secara berkala juga, contohnya sebulan sekali hantar cuci & vacuum.

 

 

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement