Sambungan Ke Media Social

Tips

Tip Mudah & Berkesan Untuk Pastikan Bayi Anda Cukup Zat Besi

Untuk mengelakkan daripada anemia (kekurangan zat besi), faktor pemakanan perlu diambil berat untuk bayi yang berumur 6 bulan ke atas. Tips yang Dr. Jamu ingin kongsikan,  sebenarnya berikan hampir sama konsep yang kita gunakan sewaktu mengandung dulu. Pastinya anda ingat konsep ini terutamanya ibu-ibu yang mengalami masalah Hb yang rendah. Jadi aplikasikan perkara yang sama kepada anak anda. Cuba perlu ubah suai sedikit mengikut kesesuain umur anak anda.

1.Beri makanan kaya dengan zat besi setiap hari

Pastikan anda memberi makanan yang kaya dengan zat besi setiap hari seperti daging, ayam, hati ayam, makanan laut seperti kerang, ikan, sotong dan dari sumber tumbuhan seperti bayam, kekacang dan lain-lain. Untuk bayi yang berumur 7 bulan ke atas, Dr. jamu menyarankan untuk memberi zat besi dari sumber haiwan pada setiap hari. Hal ini kerana zat besi daripada haiwan (heme iron) lebih mudah diserap jika dibandingkan dengan zat besi daripada tumbuhan (non-heme iron)[1].Contohnya bubur nasi bersama daging dan brokoli ataupun bubur nasi bersama ayam, kentang dan lobak. Seperti pemakanan orang dewasa, kita perlulah variasi sumber makanan. Tak bolehlah hanya bergantung kepada buah-buahan atau sayuran. Kalau hanya sekadar buah dan sayur, boleh jadi vegetarian anak anda. Hehe

Contoh makanan yang kaya dengan zat besi Sumber: https://www.health.harvard.edu/blog/healthy-diet-key-getting-iron-need-201502127710

2.Tingkatkan pengambilan vitamin C

Pemberian makanan yang kaya dengan vitamin C boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi bayi anda [2]. Contoh makanan yang kaya dengan vitamin C seperti brokoli, kentang, buah kiwi, anggur dan lain-lain. Cadangan Dr. Jamu, jika anda ingin memberi bubur. Campurkan makanan kaya dengan zat besi bersama vitamin C, contohnya bubur nasi-bayam-kentang. Ataupun selepas makan,  boleh beri buah-buahan yang kaya dengan vitamin C.

Vitamin C boleh membantu penyerapan zat besi dalam badan

3. Elakkan pengambilan zat besi dan makanan tenusu serentak

Seperti yang kita sedia maklum, susu dan makanan berasaskan susu boleh mengganggu penyerapan zat besi. Oleh itu, jarakkan pemberian susu bersama makanan yang kaya dengan zat besi. Pengalaman Dr. Jamu sendiri, semasa waktu makan  akan sediakan air kosong sebagai minuman. Itupun tidak lah banyak, sekadar ingin melancarkan pemberian makanan dan mengelakkan tercekik. Selepas kenyang anak Dr. Jamu akan terus bermain, kadang-kadang belum sempat habiskan makanan sudah mahu bermain. Jadi selalunya Dr. Jamu akan memberi susu, selepas bermain. Lagipun jika terus menerus memberi susu selepas makan, takut termuntah juga kerana perut sudah terlalu penuh.

Bayi yang berumur 6 bulan ke atas, selalunya sudah aktif bermain mengikut perkembangan masing-masing

4. Bijirin makanan bayi yang ditambah nilai nutrisi

Anda juga boleh memberi bayi anda bijirin makanan yang ditambah nilai nutrusi atau diperkuat dengan zat besi. Perhatikan label dan semak kandungan zat besi bijirin bayi pilihan anda. Lagi baik jika anda dapat memilih bijirin bayi yang dapat memenuhi 40- 50% nilai harian zat besi yang diperlukan. Contohnya, HappyBABY organic baby cereal ini, jika anda lihat setiap 4 sudu besar bijirin ini mengandungi 50% nilai harian zat besi yang diperlukan oleh tubuh bayi anda.

                         

                                                                                            Bijirin bayi yang diperkuat dengan zat besi

Bijirin bayi boleh diberi sekali sekala kerana mungkin ada kalanya kita sebagai ibu bapa tidak menyempat ataupun lambat menyediakan makanan. Ada harinya juga makanan yang kita sediakan tidak seimbang, lebih-lebih lagi tidak mempunyai kandungan zat besi yang sepatutnya. Contohnya jika hari ini anda hanya menyediakan bubur nasi bersama lobak merah. Bermakna makanan yang diberikan tinggi kandungan vitamin A, tetapi tidak bagi kandungan zat besi. Oleh itu pada hari-hari yang anda tidak mampu untuk menjadi efisien, Dr Jamu mencadangankan pemberian bijirin bayi yang diperkuat dengan zat besi. Ataupun mencampurkan bijirin bayi dengan makanan yang anda sediakan, contohnya campurkan bijirin bayi dengan bubur nasi dan lobak merah anda tadi.

5. Elakkan minuman yang menghalang penyerapan zat besi

Selain susu, elakkan minuman yang boleh mengelakkan penyerapan zat besi seperti kopi, teh, minuman berkola dan minuman bercoklat. Malah, jika anda memberi minuman selain susu, ditakuti akan menggangu penyusuan anda. Anak anda mungkin tertarik untuk minum Milo sebagai contoh, daripada susu ibu (sebaiknya) atau susu formula. Sebaiknya jangan diberi walaupun niat cuba-cuba sahaja. Yalah, nak tak nak bayi anda perlu minum susu juga sebab mereka pastinya merasa dahaga.

 

Maklumat tambahan:  Untuk cadangan pemakanan ini tekstur makanan, kekerapan dan jumlah makanan bergantung pada umur anak anda. Contohnya jika bayi anak anda berumur 6 bulan, sebaiknya dalam bentuk puree atau dikisar dengan halus.

Rujukan

[1] Mwangi, M. N. & Boonstra, A. M. 2016. What is causing anemia in young children and why is it so persistent? Journal de Pediatria

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement