Sambungan Ke Media Social

Tips

Tiada mood untuk berdiet? Tapi risau berat dah naik berkilo2. Cuba ikuti tips diet mudah ini…

Akhirnya Dr. Jamu kembali menulis. Haha. Setelah bermalas-malasan. Bukan setakat menulis sahaja, tetapi hampir semua part hidup rasanya jadi malas. Puncanya? Puncanya ialah over makan & naik berat badan. Sejak raya, berat badan naik berkilo-kilo. Haha. Akui waktu akhir-akhir  puasa lagi dah melantak macam-macam. Ianya diteruskan sehingga ke raya, teruskan lagi sehingga habis syawal. Walaupun adakalanya dah kenyang sampai rasa macam nak termuntah. Tapi masih terus makan dan makan. Memandangkan kebanyakkan makanan, biskut raya, rendang semua memang time raya jelah dapat makan. Nak pula yang membuatnya orang-orang tua yang  expert masak. Dr. Jamu dah save memory kepakaran mereka tersendiri.  Rumah sana rendang pedas nogori, yang sini expert bakar lemang, nun jauh disana nasi dagang. Mak Dr. Jamu pula dengan pelbagai jenis fruit cake. Memang sedap!!!! Macam-macam lagi, kalau cerita pasal makanan yang terhidang.

Kredit: https://coach.nine.com.a

Bila makan berlebihan & berat pun naik. Rasa badan jadi lemah & cepat penat.  Dari segi psikologi pula rasa ingin bermalas-malasan. Lepas kenyang, rasa nak tidur. Mungkin juga toksin dalam badan akibat terlalu banyak ambil makanan tinggi gulanya. Jadi Dr. Jamu buat keputusan ingin berubah sebelum menjadi gemuk. Kiranya nak bertaubat lah. Kalau rasa tiada mood nak berdiet. Tak pe. Buat slow-slow dulu, ikuti tips berdiet ini langkah demi langkah.

1. Kurangkan makanan bergula

Kredit: https://www.drbillsukala.com

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah kalau boleh stop semua minuman bergula, minum air kosong atau jus sayuran sahaja. Hentikan juga pengambilan makanan manis seperti kek, kuih-muih, biskut raya dan makanan ringan. Makanan seperti ini memang tinggi gulanya, dan selalunya memang tak cukup sekali pengambilan. Kalau makan kerepek, boleh jadi satu balang pun boleh dihabiskannya. Lebih baik jangan dimulakan untuk makan. Ibarat ” All or nothing” gitu.

2. Minum air kosong

Kredit: http://www.health-secrets.net

Minum banyak air kosong untuk mengelakkan anda rasa terhidrasi dan cepat lapar. Ianya juga dapat membantu mengelakkan keletihan badan. Kalau boleh bawa ke mana2 bekalan air kosong anda dan minum dengan kerap. Elakkan tunggu dahaga baru nak minum.

3.Aktif bergerak

Tak semua orang rajin bersenam termasuklah Dr. Jamu. Nak mula, untuk bersenam selalunya memang rasa malas. Jadi saranan untuk permulaan adalah bergerak aktif. Contohnya jangan guna lif lagi tetapi gunakan tangga. Tak kisah lah kalau ke tingkat  4 sekali pun. Hehe. Dan Dr. Jamu start buat senaman squat setiap jam, tapi 10x je. Haha. Lepas makan pun, kalau duduk di rumah akan squat dalam 10-20 kali. Tak banyak pun, tapi ianya masih permulaan baik.

4. Detoks

Bila badan cepat rasa penat dan letih, selalunya Dr. Jamu akan start detoks dan mula makan sayuran dan ulaman. Paling mudah detoks dengan teh hijau, air suam bersama perahan lemon dan air sayuran seperti pegaga, tomato, carrot dan lain-lain.

5. Lebihkan Protein

http://www.vixendaily.com

Kurangkan karbohidrat terutama sekali gula. Elakkan makan karbohidrat selepas Isyak dan kira pengambilan karbohidrat anda. Kalau Dr. Jamu hanya 2x sahaja karbohidrat iaitu waktu tengah hari dan petang (makan nasi). Selebihnya hanya protein, contohnya breakfast dengan telur, makan malam pula hanya ayam goreng.

Itulah amalan Dr. Jamu step by step untuk mendapatkan mood untuk berdiet. Selalunya kalau dah start dengan stop pengambilan gula, diet Dr. Jamu akan berjaya. Akhir kata ” Gula adalah musuh kita”. Hehe

 

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement