Sambungan Ke Media Social

Tips

Penjagaan Kesihatan Semasa Hamil

Merasai peluang untuk hamil dan melahirkan anak adalah impian terunggul bagi setiap wanita yang berkahwin. Kita tolak tepi keperitan morning sickness dan sakitnya semasa hendak melahirkan, bagi Cik Belle, hamil dan melahirkan anak keseluruhannya adalah suatu episod yang sangat manis dalam hidup. Walaupun sakitnya hendak melahirkan, hanya Tuhan yang tahu. Oleh itu, penjagaan diri semasa kehamilan sangat penting untuk memastikan ibu dan anak sihat sepanjang 40 minggu yang mencabar itu. Hehe. Cik Belle akan kongsikan beberapa tips penjagaan kesihatan semasa hamil yang boleh anda dijadikan panduan, berdasarkan pengalaman Cik Belle sendiri.
Image result for pregnant women

1. Makan makanan berkhasiat

Makanan berkhasiat adalah yang paling penting sepanjang kehamilan kerana bayi di dalam kandungan menyerap semua nutrien dari ibunya. Jadi amat penting untuk ibu hamil makan makanan yang berkhasiat. Kita sangat digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan kerana ia kaya dengan vitamin, serat dan zat besi.

2. Banyakkan minum air kosong

Air kosong sangat penting untuk memastikan ibu tidak terhidrasi. Selain dari itu, badan memerlukan banyak air untuk membentuk lapisan cecair amniotik ataupun air ketuban. Air kosong juga dapat membantu badan kita menyingkirkan toksin dengan berkesan. Oleh itu, jangkitan air kencing semasa hamil dapat dielakkan. Mengikut pengalaman rakan Cik Belle, beliau minum sehingga 3 L air sehari semasa hamil dan anak yang dilahirkan tidak menghidapi demam kuning. Hebat bukan?

Related image

3. Kurangkan makanan segera / proses

Kita pun tahu banyak keburukan makanan segera dan proses ini kerana ia mengandungi banyak bahan pengawet, perasa tambahan (MSG). Terutamanya ketika hamil, makanan ini akan turut diserap oleh bayi. Secara tidak langsung bayi akan menyerap makanan yang tidak sihat dan mungkin menjejaskan tumbesarannya. Mengikut pengalaman rakan Cik Belle sendiri yang kerap makan makanan segera, anak beliau menghidapi demam kuning yang sangat teruk sehingga terpaksa tinggal di hospital selama berminggu-minggu untuk menerima rawatan fototerapi. Bukanlah anda tidak boleh langsung untuk makan, tetapi hendaklah terkawal dan dalam kadar yang sederhana, setakat untuk melepaskan mengidam. 🙂

Image result for fast food

3. Amalkan minum susu

Susu mengandungi kalsium yang tinggi yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Bayi di dalam kandungan akan menyerap kalsium dari badan ibu untuk membentuk tulang. Oleh itu amat penting untuk si ibu mengekalkan kandungan kalsium dalam badan untuk mengelakkan kalsium kita berkurang. Susu lembu atau susu kambing, terpulang pada selera masing-masing. Ada wanita yang merasa loya dan mual untuk meminum susu. Bagi wanita ini, anda boleh pilih untuk meminum susu perasa coklat atau strawberi yang banyak di pasaran. Malah, amalan meminum susu selepas melahirkan bayi juga sangat membantu untuk menambah susu badan bagi ibu yang breastfeed bayi mereka.

Related image

4. Kawal pemakanan

Kita selalu rasa waktu hamil adalah waktu terbaik untuk makan tanpa rasa bersalah kerana kita makan untuk 2 orang. Sebenarnya kita silap. Walaupun kita boleh makan lebih dari wanita yang tidak hamil, sebenarnya kita masih perlu mengawal kuantiti pemakanan yang kita ambil seharian. Terutamanya makanan manis seperti ais krim dan coklat. Ini untuk mengelakkan penyakit obesiti dan juga diabetes semasa hamil. Jika ini berlaku, banyak komplikasi yang akan terjadi terutamanya ketika hendak melahirkan anak nanti. Selain itu, pemeriksaan rutin di klinik juga akan lebih kerap. Doktor perlu memantau kandungan anda dengan lebih teliti dan anda mungkin perlu tadah telinga menadah bebelan doktor. Hehe. Jika berasa lapar, boleh mengambil buah-buahan atau kekacang sebagai snek sementara menunggu waktu makan.

Image result for obesity during pregnancy

5. Buat senaman ringan

Hamil tidak bermakna anda tidak perlu bersenam. Ketika hamil, senaman ringan masih perlu dilakukan. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai jenis senaman yang sesuai ketika hamil. Terutamanya di hujung kehamilan, senaman seperti banyak berjalan dan berjalan itik banyak membantu untuk ‘membuka jalan’ dan mempercepatkan kelahiran bayi. Selain itu, dengan bersenam, ibu hamil akan kekal aktif dan sihat.

6. Pengambilan suplemen

Pengambilan suplemen sangat penting semasa kehamilan kerana ia dapat menampung kekurangan penyerapan nutrien di dalam makanan. Kerana, kebiasaannya makanan yang kita ambil tidak mempunyai kandungan nutrien yang cukup kerana tidak setiap masa pada setiap hari kita akan mengambil makanan berkhasiat. Dan sebahagian nutrien hilang semasa penyediaan makanan. Sebagai contoh, pengambilan suplemen asid folik penting untuk mengelakkan bayi daripada mendapat neural tube defects dan cleft lip. Manakala suplemen zat besi boleh meningkatkan bacaan Hb dalam darah. Obimin pula sejenis multi vitamin yang mengandungi kandungan vitamin yang lengkap untuk ibu hamil. Ketika hamil inilah kita mesti betul-betul berdisiplin untuk mengambil suplemen setiap hari tanpa ponteng. Kalau rasa malas, fikirkan kesihatan bayi di dalam perut anda. Mesti anda terasa rajin semula. Hehe.

Related image

7. Rehat secukupnya

Cik Belle akui kehamilan memang meletihkan. Kadang kala walaupun tak melakukan apa-apa, masih terasa letih. Haha. Apa lagi jika kerja dari pagi hinggan ke petang, di sambung pula dengan kerja-kerja di rumah. Oleh itu, mendapat rehat yang cukup sangat penting untuk memastikan badan sentiasa sihat dan cergas. Tidur awal adalah salah satu cara untuk mendapat rehat yang cukup agar bangun pagi badan rasa segar. Selain itu, jika berkesempatan, tidur sekejap di waktu tengahari, ketika lunch hour break bagi mereka yang bekerja. Bila badan kita cukup rehat, barulah kita rasa ceria dan bertenaga.

Related image

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement