Sambungan Ke Media Social

Tips

Tips Mudah Penjagaan Harian Miss V

Kebanyakkan wanita lebih prihatin dengan penjagaan muka berbanding dengan bahagian tubuh yang lain seperti alat sulit ( Miss V). Jika penjagaan Miss V diambil mudah, risiko anda lebih tinggi untuk menghidapi vaginitis. Iaitu keadaan dimana Miss V anda mengalami iritasi, kegatalan, radang, berbau dan keputihan [1].  Segelintir yang mengalaminya pula merasakan ini adalah penyakit normal untuk wanita. Ia sememangnya penyakit normal untuk wanita, tetapi tidak bermaksud tidak boleh mencegah atau mengubati vaginitis ini daripada berlaku.

americanpregnancy.org

Hal ini jika dibiarkan boleh mempengaruhi kualiti hidup, kesihatan mental, malahan hubungan intim [2,3,4]. Kajian juga menunjukkan vaginitis seperti vulvovaginal candiasis dikesan mempunyai lebih banyak simpton untuk mengalami disfungsi seksual berbanding mereka yang tidak mengalaminya [5]. Nampak seperti lebih penting untuk orang yang sudah berkhawin bukan? Tetapi takkan yang belum berkhawin ingin hidup dengan Miss V yang selalu gatal, melecet, berbau dan mengalami keputihan sehinggakan mengotorkan seluar dalam anda. Hendak dibawa solatpun tidak yakin kebersihannya.  Tidak selesa bukan? Jadi kerbersihan diri dan penjagaan Miss V dengan betul, sedikit sebanyak boleh membantu anda. Harap dengan tips penjagaan harian Miss V ini dapat membantu anda.

 

1. Pastikan Seluar Dalam Sentiasa Kering

Image: nymag.com

Pastikan seluar dalam anda sentiasa kering, tukar sekiranya terbasah atau lembap. Persekitaran yang lembap akan memudahkan kuman membiak.

2. Selepas buang air, cuci dan lap kering Miss V

Selepas membuang air, pastikan Miss V dicuci dengan air bersih dan dilap sehingga kering. Jika tidak dilap dengan kering, seluar dalam anda akan menjadi lembap (Ingat: kelembapan akan memudahkan pembiakan kuman.

3. Selepas buang air besar, cuci dengan cara yang betul

 

Image: killermovies.com

Nampak seperti masalah kecil. Tapi tahukah anda mencuci dengan cara yang salah boleh meninggikan risiko Miss V anda untuk terkena infeksi. Arah yang betul untuk memcuci selepas buang air besar adalah dari arah depan ke belakang [6]. Yang pastinya arah cucian ini tidak terkena pada Miss V anda. Cuba anda bayangkan jika Miss V anda terkena najis? Pastilah ada infeksi bukan.

4. Potong pendek bulu ari-ari 

Image: www.informationng.com

Potong pendek bulu ari-ari anda untuk memudahkan menjaga kebersihan diri.  Bulu yang panjang, susah untuk dibersihkan atau dikeringkan dan ini akan menjadi tempat pembiakan kuman.

5.Tukar seluar dalam setiap hari

Image: www.bustle.com

Saran tukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari.  Iaitu tukar selepas mandi awal pagi dan selepas mandi petang. Ini bukan sahaja untuk menjaga kebersihan diri, malah dapat memberi kesegaran yang berpanjangan untuk anda.

6. Guna seluar dalam jenis “cotton”

Image: alibaba

Sarankan anda menggunakan seluar dalam daripada fabrik kapas (cotton), yang boleh membenarkan pengaliran udara. Jadi Miss V anda boleh bernafas, tidaklah terkumpul udara lembap, panas dan menyebabkan kulit di kawasan genital berpeluh-peluh. Elakkan menggunakan seluar dalam yang membuatkan Miss V anda tidak boleh bernafas dan ketat

7. Elakkan menggunakan sabun mandi untuk membersihkan Miss V 

Elakkan menggunakan sabun mandi atau apa-apa sabun feminin yang tidak diketahui formulasinya, agar anda dapat mengekalkan pH yang normal untuk vagina anda. Jika pH vagina berubah, menjadi lebih daripada pH 4.5 spesis Lactobacillus (spesis baik)  yang hidup semulajadi di vagina akan digantikan dengan anaerobic bakteria (spesis jahat) yang akan membuatkan anda keputihan dan berbau (fishy odor) [7,8].

 

Rujukan

1.Hainer, B. L., Gibson, M.V. 2011.  Vaginitis: Diagnosis and Treatment. American Family Physician; 83(7): 807-815

2. Giraldo, P.C., Polpeta, N. C., et al. 2012. Evaluation of sexual function in brazilian women with recurrent vulvovaginal candidiasis and localized provoked vulvodynia. The Journal of Sexual Medicine; 9(3): 805-11

3. Ehrström, S., Kornfeld, D., Rylander E. 2007. Perceived stress in women with recurrent vulvovaginal candidiasis. Journal of Pyschosomatic Obstetrics & Gynecology Psychosom Obstet Gynaecoly; 28: 169-76.

4. Aballéa, S., Guelfucci, F., et al. 2013. Subjective health status and health-related quality of life among women with Recurrent Vulvovaginal Candidosis (RVVC) in Europe and the USA. Health Qual Life Outcomes; 11, 169

5. Giraldo, P.C., Polpeta, N. C., et al. 2012. Evaluation of sexual function in brazilian women with recurrent vulvovaginal candidiasis and localized provoked vulvodynia. The Journal of Sexual Medicine; 9(3): 805-11

6. Cemek, F., Odabas, D., Senel, U. & Kocaman, T. 2014. Personal hygiene and vulvovaginitis in prepubertal children. Journal of Pediatric and Adolesscent Gynecology.

7. Hainer, B. L., Gibson, M.V. 2011.  Vaginitis: Diagnosis and Treatment. American Family Physician; 83(7): 807-815

8. Anderson, M. R., Klink, K. & Cohrssen, A. 2004. Evaluation of vaginal complaints. The Journal of the American Medical Association; 291 (11); 1368-1379.

 

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement