Sambungan Ke Media Social

Tips

Kesilapan ketika berdiet

Masih gagal untuk turunkan berat badan? Sudah berkali-kali anda renew diet tetapi masih tidak berkesan untuk kuruskan badan. Mungkin ada kesilapan-kesilapan semasa berdiet yang anda tidak sedari. Cuba periksa dan ingat kembali cara anda berdiet. Adakah anda melakukan kesilapan seperti yang berikut;

1.Tidak makan atau skip makan: Walaupun tak makan, anda masih tidak kurus? Kenapa? Ini kerana tubuh anda sudah menukar ke mode kebuluran (starvation mode). Jadi tubuh anda berjimat-jimat untuk menggunakan lemak-lemak yang tersimpan di dalam badan dan ini menyebabkan metabolisme badan akan menurun. Elakkan skip makan, pastikan anda makan sekurang-kurangnya 6x sekali. Makan dengan dengan kerap tetapi dengan jumlah lebih sedikit.

2.Skip sarapan: Anda tidak bersarapan atau bersarapan lewat. Bersarapan dahulu sebelum memulakan apa-apa2 tugas. Jika tidak bersarapan, akan menjadikan metabolisme anda menurun dan kebarangkalian untuk makan dengan banyak pada waktu tengah hari adalah tinggi.

3. Mengambil karbohidrat tersembunyi

Tidak mengambil nasi iaitu makanan ruji tetapi menggantikannnya dengan roti, segala jenis mee, kentang, keledek, jagung, biskut, kerepek. Bagi Dr. Jamu makanan seperti ini lebih susah untuk dinilai kadar karbohidratnya kerana bergantung kepada proses pembuatan dan jumlah pengambilan. Lebih senang, kurangkan amaun pengambilan nasi (sarankan hanya sesenduk sekali makan, 1x sehari) tetapi jangan ambil makanan karbohidrat yang lain. Banyak lagi karbohidrat yang tersembunyi, seperti sos cili & tomato, sos tiram, kicap,  kuih muih, kek segala makanan yang diperbuat dari tepung dan lain-lain. Lebihkan makanan daripada protein daripada karbohidrat, Contohnya mulakan hari anda dengan sarapan yang kaya dengan protein seperti 2 biji telur separuh masak. Senang pun senang. Tak perlu nak buat nasi goreng, mee goreng di pagi buta.

Kredit: explorasa.cari.com.my. Jika anda berkorban untuk tidak makan nasi, tetapi menggantikan dengan makanan seperti ini. Bagi Dr. Jamu baik anda lupakan pengorbanan itu.

Ramai yang beranggapan bila berdiet, kita mestilah lebihkan buah-buahan dalam pemakanan. Tetapi adakah anda masih gagal menurunkan berat badan walaupun berdiet dengan cara ini? Ini jawapan untuk anda. Ini kerana ramai yang berfikir gula daripada buah adalah berbeza dengan gula pasir dan tidak akan memberi kesan kepada berat badan. Tetapi hakikatnya gula daripada buah tetaplah GULA. Di mana, kebanyakkan buah-buahan mengandungi  gabungan gula seperti fructose, glucose, sucrose. Dan ianya masih karbohidrat.

 

Klasifikasi karbohidrat

Kredit: byjus.com

Oleh itu, hadkan pengambilan buah-buahan anda kerana ianya juga tinggi kandungan gulanya dan elakkan buah-buahan yang tinggi kandungan gulanya. Lebihkan protein, sayuran dan ulam-ulaman dalam diet anda berbanding dengan buah-buahan.

4. Minum jus buah: Selalunya jika berdiet, ramai  juga yang akan memikirkan perlu banyakkan minum air buah-buahan segar. Tapi seperti yang kita bincangkan tadi buah-buahan juga mengandungi gula (karbohidrat). Oleh kerana sudah membuang seratnya, gula yang terkandung di dalam jus buah lebih cepat diserap oleh badan. Kalau boleh elakkan minum apa-apa jus buahan untuk sementara waktu, tetapi lebihkan minum air kosong, air detox ataupun jus sayuran.

5. Diet yang tidak praktikal dengan cara hidup: Mereka yang berdiet kerap meniru cara diet dan pemakanan orang barat. Tidak praktikal sekiranya sebelum ini cara pemakanan anda memang style orang tempatan. Makanan orang barat juga selalunya lebih mahal daripada tempatan.  Dr. Jamu sendiripun sampai sekarang tidak lalu nak makan oat. Kalau beli pun hanya dibuat perhiasan. Kesusahan seperti ini akan membuatkan anda lemah semangat untuk meneruskan diet.  Jadi tidak salah diet dengan pemakanan cara tempatan. Makanan seperti oat, pasta, spaghetti jika berlebihan juga boleh mengemukkan. Seperti nasi, makan berlebihan mestilah gemuk. Betul tak?

6.Tidak minum air yang mencukupi: Tidak minum air secukupnya juga boleh memberikan rasa lapar pada anda. Malah badan juga akan rasa cepat letih, dan menjadikan anda susah untuk meneruskan diet.

7. Makan dengan laju: Makan dengan laju, hanya kunyah beberapa kali sahaja terus anda telan. Jadi anda akan makan dengan lebih banyak dari yang sepatutnya. Makan dengan perlahan dan kalau boleh ikut sunnah Nabi kunyah sekurang-kurangnya 33 kali (jika Dr. Jamu tidak silap). Yang pentingnya kunyah banyak kali, Hehe.

8.Tidur lewat: Anda suka tidur lewat. Boleh dikatakan selagi anda tidak tidur, selagi itulah anda makan. Jadi tidurlah dengan lebih awal. Jika mempunyai kerja yang perlu disiapkan, cuba siapkan pada awal pagi.

9.Tidak bergerak aktif: Bukan sahaja tidak bersenam tetapi malas untuk bergerak. Ambil remote TV, tutup buka lampu pun anda meminta bantuan orang lain. Jadi bagaimana hendak menurunkan berat badan?Jika anda memang tidak minat untuk bersenam, sekurang-kurangnya aktif lah bergerak. Contohnya memilih laluan tangga daripada menggunakan lif.

10. Ingin bersenam di gym: Anda hanya ingin bersenam di gym ataupun tempat riadah sahaja, tetapi yang masalahnya anda tidak berdisplin untuk ke sana. Mungkin diatas faktor seperti kekangan masa, anak masih kecil, dan kos juga memainkan peranan yang penting. Tidak perlu menunggu tempat atau peralatan yang sempurna,  untuk anda mulakan senaman. Tidak salah membuat senaman  dirumah. Banyak senaman mudah yang boleh membantu anda untuk menguruskan badan.

 11. Aktif bersosial: Maksud Dr. Jamu, anda terlalu banyak aktiviti  dengan rakan-rakan, yang selalunya memang aktiviti mencari makanan sedap diluar. Memang sukar untuk mengawal nafsu makan terutamanya jika bersama rakan-rakan. Anda juga suka mengikuti instagram, facebook, yang dipenuhi dengan riview masakan, riview makanan sedap, riview trend makanan. Ini menjadikan perasaan anda membuak-buak untuk makan, lagi-lagi anda sememangnya pencinta makanan. Kurangkan melihat profile, blog masakan melainkan menu diet.

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement