Sambungan Ke Media Social

Tips

Hilangkan kulit berminyak dengan cara tradisional

Masalah kulit berminyak sering dialami oleh masyarakat kita. Salah satu faktornya ialah cara pemakanan kita, yang kebanyakkan bergoreng. Memang banyak betul makanan bergoreng di negara kita, Dr. Jamu rasa hampir semua makanan boleh digoreng. Kalau dengan nasi, boleh dibuat nasi goreng, pisang boleh dijadikan pisang goreng. Aiskrim pun kita boleh jadikan aiskrim goreng. Tambah pula dengan cuaca di negara kita, yang beriklim khatulistiwa. Iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Memang makin menjadilah masalah kulit berminyak ini.  Jadi, gunakan petua tradisional ini untuk mengatasi masalah kulit muka berminyak. Sedikit sebanyak ianya akan mengurangkan kulit berminyak anda. Make-up akan tahan lebih lama dan lebih kemas.

Kredit: sanctuarycosmeticcenter.com

1. Tuam muka dengan air suam & ais

Kredit: in8life.com

Tuam muka anda dengan tuala suam selama 2-3 minit untuk membuang kotoron yang ada, selepas itu tuam dengan ais untuk menutup liang pori. Inilah cara yang paling jimat dan mudah untuk anda lakukan. Walaupun sangat mudah, tetapi jangan dipandang rendah dengan keberkesanan -nya. Dr. Jamu percaya tip ini akan memberi kesan positif pada anda, lebih lagi pada mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Cuba dahulu untuk seminggu, pada waktu pagi dan sebelum tidur dan rasai perubahannya.

2. Bedak sejuk bersama tomato/timun

Kredit: food.ndtv.com

Pemakaian bedak sejuk sudah diamalkan sejak nenek moyang kita lagi. Bagi Dr. Jamu, ianya sesuai diamalkan untuk mereka yang memiliki kulit yang berminyak dan berjerawat. Namun, pemakaian yang berterusan atau kerap boleh menjadikan kulit kering. Oleh itu, Dr. Jamu mencadangkan anda, mencampurkan bedak sejuk bersama tomato atau timun yang telah disagat halus untuk menjadikan kulit anda kekal lembap, segar dan bertambah mulus. Cara-cara penyediaannya mudah sahaja, sagat dahulu tomato atau timun anda dan kemudian campurkan dengan bedak sejuk. Kuantiti bedak sejuk bergantung kepada hasil sagat anda, jika terlalu berair dan susah untuk ditempelkan pada muka. Tambah lagi kuantiti bedak sejuk.

3. Putih telur

Kredit: www.eatthismuch.com

Masker putih telur ini bukan sahaja mampu mengurangkan minyak di muka anda. Malah terbukti berkesan untuk mengurangkan “whitehead” di muka anda. Caranya mudah sahaja campurkan putih telur bersama lemon atau limau nipis. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir telur dan lemon juga boleh membantu mencerahkan wajah anda. Kemudian sapu ke seluruh muka.

 

“SELAMAT MENCUBA”

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement