Sambungan Ke Media Social

Tips

Cara kecilkan punggung dengan berkesan

Rata-rata wanita malu memiliki punggung yang besar, dari saiz yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi jika anda sudah memiliki susuk badan yang sempurna, tetapi hanya bahagian pinggul sahaja yang besar. Sudah tentu nampak lebih ketara bukan? Nak pula bentuk mengelebeh dan lebar. Pastinya keyakinan diri anda akan berkurang. Bila terbit perasaan malu, nak tak nak perlulah kecilkan punggung. Dr. Jamu percaya sedikit sebanyak cara kecilkan punggung ini berkesan untuk anda.

1. Kurangkan minuman dan makanan bergula

Kredit: https://www.drbillsukala.com

Gula sememangnya menjadi musuh utama dalam diet, mahupun pembentukkan badan yang menawan. Jadi kurangkan minuman atau makanan bergula seperti air bergas, air berperisa, minuman berkodial, kek, kuih- muih, biskut dan sebagainya. Kurangkan gula dalam diet, supaya dapat mengurangkan berat badan anda. Sekaligus ianya dapat mengecilkan punggung.

2. Elakkan makanan ringan & “fast food”

Kredit: http://ikw.com.my

Jangan lupa juga untuk mengelakkan pengambilan makanan ringan, mahupun “fast food”. Walaupun tidak jelas kandungan gulanya, tetapi masih mengandungi lemak dan karbohidrat yang tinggi. Contohnya maggi segera, potato chips, Twisties, keropok, kerepek, burger, jajan dan lain-lain lagi. Makanan seperti ini selalu melalaikan anda, tidak cukup dengan sekali makan. Selalunya memang berkali-kali, sehingga habis kesemuanya. Barulah anda berhenti daripada makan.  Pengambilan tanpa kawalan boleh meningkatkan berat badan anda dan menyumbang kepada faktor obesiti.

3. Pakai bengkung

 

Kredit: http://www.nydailynews.com

Sejarah telah membuktikan pemakaian bengkung ataupun korset, memberi kesan dalam pembentukan badan manusia. Pemakaian bengkung ini bukan sahaja di amalkan nenek moyang kita, malah masyarakat luar seperti di Barat juga telah mengamalkannya sekian lama. Cumanya bagi Dr. Jamu, pemakaian bengkung waktu dahulu dilakukan secara keterlaluan sehinggakan badan terlalu kecil. Kita tidak seperti itu, lakukan secara bersederhana.  Jadi untuk mereka yang kurang rajin bersenam, bagi Dr. Jamu pemakaian bengkung ini adalah salah satu penyelesaian terbaik. Kelemahannya pemakaian bengkung ini, mungkin membuatkan anda rasa tidak selesa kerana ianya agak ketat sedikit. Jadi pilih bengkung yang sesuai, dan araskan ketat mengikut kesesuain anda. Jangan terlalu ketat, sehingga menganggu peraliran darah, atau menjadikan anda sesak nafas.  Juga jangan terlalu obses, untuk mendapatkan punggung yang terlalu kecil. Sarankan ianya praktikal dengan tubuh dan berat badan anda. Contohnya jika punggung anda 40 inch, mungkin target terdekat anda untuk mencapat 37 inch. Pemakaian bengkung juga, perlulah berterusan sehingga mencapai bentuk badan atau punggung yang diingini.

3. Bersenam

 

Bersenam adalah salah satu cara terbaik untuk mencapai bentuk punggung yang diingini. Pilih senaman yang lebih fokus kepada pembentukan punggung.   Ianya bukan sahaja dapat mengecilkan punggung, malah dapat mengelakkan ia daripada melebar.  Jika anda tidak begitu rajin untuk bersenam, Dr. Jamu sarankan perbanyakkan menaiki tangga dan  lakukan sekurang-kurangnya 30 kali senaman “squats” setiap hari. Jadikan senaman “squats” sebagai amalan dalam kehidupan anda. Ini kerana 30 kali sehari tidak memakan masa yang lama. Jika anda terlalu sibuk, cuba curi masa lakukanya sebelum tidur.

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement