Sambungan Ke Media Social

Review Produk

Jadikan Roti Gardenia Sebagai Pilihan Keluarga Anda

Minggu ini, Dr. Jamu agak sibuk sedikit maka sarapan untuk 2-3 hari ini adalah roti gardenia. Sarapan semalam roti bersama kaya, hari ini roti bersama telur hancur, hari esok mungkin roti bersama tuna. Tema sarapan roti gardenia ini akan diteruskan sehingga roti habis, untuk mengelakkan pembaziran.

 

Tema sarapan minggu ini- Roti gardenia

Roti Gardenia sememangnya menjadi pilihan Dr. Jamu sekeluarga, dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Hehe. Rasanya sudah hampir 20 tahun, Dr. Jamu sekeluarga menjadi pelanggan setia roti gardenia. Sebab utama pemilihan roti gardenia, sedap!! Harga yang berpatutan, boleh dikatakan mampu dibeli oleh keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Dan YANG PALING PENTING SELAMAT- ini kerana roti gardenia menggunakan tepung berprotein tinggi (unbleaced), maksudnya tepung yang digunakan adalah tidak melalui proses modifikasi seperti pelunturan. Proses pelunturan ini menggunakan bahan kimia seperti benzoyl peroxide, chlorine dioxide dan sebagainya [1,2].  Yang bukan sahaja boleh menghilangkan nutrisi dalam tepung, malah boleh membahayakan kesihatan[3,4].

       

Kandungan roti gardenia- Bran & wheatgerm

Jika anda lihat pada kandungan roti tersebut dinyatakan unbleaced wheat flour. Maksudnya tidak menggunakan tepung yang telah dilunturkan. Jadi ianya lebih SELAMAT. Malah, roti gardenia ini juga bebas daripada trans lemak yang juga boleh membahayakan kesihatan kita [5]. Bukan itu saja, anda juga boleh mendapatkan nutrisi-nutrisi lain yang baik untuk kesihatan seperti zat besi, zink, calcium, vitamin A, C dan E. Taklah kita makan kosong sahaja, perut kenyang vitamin pun ada.

 

Sesuai sebagai kudapan untuk ibu hamil

Sesuai juga untuk wanita hamil,  menjadikan roti gardenia sebagai sarapan atau kudapan anda. Yelah, wanita hamil cepat untuk berasa lapar. Lagi-lagi yang mempunyai Hemoglobin (Hb) yang rendah, walaupun kandungan zat besi tidaklah begitu tinggi. Tapi sedikit sebanyak mungkin dapat membantu anda, untuk meningkatkan Hb anda.

                              

Dr. Jamu sememangnya tidak pernah jemu dengan roti gardenia, sebab mereka selalu mengeluarkan pelbagai jenis produk baru dari semasa ke semasa. Tak silap Dr. Jamu Say Cheese adalah keluaran roti terbaru. Tambahan pula, pemilik roti gardenia adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Oleh itu, marilah kita bersama memberi sokongan kepada produk tempatan dan terutamanya produk keluaran Muslim.

 

Akhir kata

“Jadikan lah Roti Gardenia Sebagai Pilihan Keluarga Anda”

Rujukan

1. Saiz, A.L., Manrique, G. D. & Fritz. 2001. Determination of benzoyl peroxide and benzoic acid levels by HPLC during wheat flour bleaching process. Journal of Agricultural and Food Chemistry. 49 (1); 98-102.

2. Chittrakorn, S., Earls, D., MacRitchie, F. 2014. Ozonation as an alternative to chlorination for soft wheat flours. Journal of Cereal Science. 60; 217-221.

3. Giaccone et al. 2017. First report on the presence of alloxan in bleaced flour by LC-Ms/Ms method. Journal of Cereal Science.

4. Jia, X., Wu, Y. & Liu, P. 2011. Effects of flour bleaching agent on mice liver antioxidant status and ATPases. Environmental Toxicology and Pharmacology. 31; 479-484.

5. Ganguly, R. & Grant, N. P. 2015. The toxicity of dietary trans fat. Food and Chemical Toxicology. 78; 170-176

 

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement