Sambungan Ke Media Social

Review Produk

Review Rosken Dry Skin Cream

Kebelakangan ini, Dr. Jamu dapati kulit terutamanya di bahagian muka dan kaki semakin kering. Bila kulit semakin kering, mula lah hendak mengelupas sana dan sini. Make up pun jadi tidak smooth dan tak kemas. Perasaan juga jadi tak selesa dengan kulit kering.  Ala-ala kertas pasir pula. Mungkin puncanya kerana pelembap Dr. Jamu sudah habis, kiranya hampir 1-2 minggu juga lah tidak menggunakan pelembap. Tambah lagi dengan faktor cuaca panas, sinaran uv dan  air-cond. Jadi makin kering lah kulit dibuatnya.

Kebaikan

Akhirnya Dr. Jamu memilih Rosken Dry Skin Cream kerana harganya yang murah Hanya sekitar Rm 12 +++ di Watson, sesuai digunakan muka atau di badan.  Senang,  tak perlu banyak barang. Keduanya kawan Dr. Jamu  yang memiliki kulit jenis kering juga, mengesyorkan krim ini.

Dengan hanya sekali penggunaan anda, boleh rasa kesan penggunaan produk Rosken ini. Untuk Dr. Jamu perasaan lega dengan ketidak selesaan kulit yang kering. 3-4 hari penggunaan kulit Dr. Jamu kembali lembap seperti biasa.  2 minggu penggunaan menjadikan kulit Dr. Jamu lembap dengan optimumnya. Produk ini juga dapat menyerap dengan baik pada kulit, cepat kering dan tidak melekit. Jadi Dr. Jamu tidak rasa rimas apabila menggunakannya.

Kelemahan

Kelemahan yang paling ketara sekali ialah mengandungi paraben iaitu methylparaben dan propylparaben. Menurut kajian paraben ini boleh menganggu sistem endokrin, dimana ianya akan memberi kesan kepada sistem pembiakan dan sistem perkembangan manusia [1]. Saranan Dr. Jamu kepada anda yang ingin mencuba mendapat anak, elakkan produk yang mengandungi paraben kerana ia boleh mengubah hormon pembiakan anda [2,3]. Jika anda memiliki kulit sensitif elakkan menggunakan produk ini kerana paraben boleh meningkatkan risiko alergik [4].

Kandungan

Water (Aqua), glycerin, olea europaea (Olive) fruit oil, ceterearyl alcohol, dimethicone, mineral oil (paraffinum liquidum), sodium lauryl sulfate, sodium ceterearyl sulfate, BHT  Disodium EDTA, methylparaben, imidazolidinyl urea, propylparaben, fragrance (parfum), limonene, linalool

Mengapa Dr. Jamu masih membelinya?

Ianya murah dan berkesan. Walaubagaimanapun penggunaan ini hanya untuk sementara bukannya secara berterusan. Selepas habis digunakan, Dr. Jamu akan membeli produk yang lain (tanpa paraben).

 Pembelian semula

Ya, jika tiada yang budget yang mencukupi. Kiranya jika betul-betul terdesak. Mungkin dua tahun sekali sahaja membelinya.

Rujukan

[1] Ma et al. 2016. A survey of parabens in commercial pharmaceuticals from China and its implications for human exposure. Environment International. 95: 30-35.

[2] Zhang et al. 2014. Effects of n-butylparaben on steroidogenesis and spermatogenesis through changed E2 levels in male rat offspring. Environmental. Toxicology. Pharmacology. 37: 705–717

[3] Taxvig et al. 2008. Do parabens have the ability to interfere with steroidogenesis? The Journal of Toxicological Sciences. 106: 206–213.

[4] Spanier et al. 2014.  The associations of triclosan and paraben exposure with allergen sensitization and wheeze in children. Allergy Asthma Proceedings ;35:475-81.

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement