Sambungan Ke Media Social

Review Produk

Yang mana satu bedak talkum bayi yang paling selamat dan sesuai digunakan?

Kegunaan bedak talkum menjadi salah satu barang keperluan untuk bayi. Jarang sangat ibu bapa tidak menggunakan bedak kepada bayi mereka kerana kegunaanya bukan sahaja bayi nampak lebih comel dan baunya yang wangi. Malah bedak talkum menjadikan kulit bayi sentiasa kering dan mampu mengelakkan keradangan kulit dan ruam. Ini akan menjadikan bayi lebih selesa, nak pula cuaca negara kita sememangnya panas dan menjadikan badan cepat berpeluh. Jadi bedak talkum jalan penyelesaiannya.

Walaubagaimanapu penggunaan bedak talkum telah menjadi isu dikatakan menjadi salah satu factor kepada kanser ovari sejak tahun 1960 an lagi,  apabila talkum ini secara semulajdi dicemari dengan asbestos.  Isu ini kembali menjadi topik hangat apabila keluarga mangsa, yang menghidapi kanser ovari telah berjaya menyaman Johnson & Johnson sebanyak 72 juta pada tahun 2016 [1]. Malah penggunaan bedak talcum juga dikaitkan dengan kanser paru-paru [2]. Walaupun begitu isu bedak talkum ini masih dibahaskan sesama ahli penyelidik dan badan profesional, masih tidak dapat kata putus yang sepakat. Contohnya di dalam laman web American Cancer Society, pihak International Agency for Research on Cancer (IARC) telah melaporkan

  • IARC telah menklafisikasikan bedak talcum yang mengandungi asbestos sebagai “ Karsinogenik kepada manusia”.
  • Diatas faktor kekurangan data kajian keatas manusia dan data yang terhad dalam kajian keatas haiwan IARC pernafasan bedak talcum yang tidak mengandungi asbestos sebagai “ tidak karsinogenik kepada manusia
  • Diatas factor kekurangan data kajian ke atas manusia, IARC telah mengklasifikasikan penggunaan bedak talcum yang digunakan di kawasan genital sebagai “ berkemungkinan karsinogenik terhadap manusia”

Walaupun berkemungkinan kita sebagai pengguna perlulah mengambil langkah berhati-hati, lebih-lebih lagi jika anda ingin mengunakannya untuk jangka masa yang panjang. Kalau kita sakit, mungkin nak upah peguam untuk menyaman mana-mana pihak pun mungkin tak mampu. Jadi, perlu berhati-hati dalam memilih produk yang paling selamat. Dr. Jamu membandingkan tiga jenama popular yang sering digunakan oleh masyarakat kerana senang didapati dan murah. Iaitu jenama Johnson & Johnson, Anakku dan Pureen.

 1. Jenama Johnson & Johnson

     

Kandungan

  1. Talc (Talkum)
  2. Fragrance (Pewangi)

Jika dilihat pada label hadapan bedak talkum Johnson-johnson ditulis “Improved formula”. Adakah maklumat ini ditulis selepas kejadian kes saman terhadap Johnson & johnson? Jujurnya, Dr. Jamu tidak pasti. Walaubagaimana jika sudah memaklumkan formula yang sudah diperbaiki, apa yang sudak diperbaiki? Persoalan yang penting adakah talkum yang digunakan masih dicemari asbestos? Jika dilihat pada label, masih tidak dilaporkan tiada mengandungi asbestos ataupun “asbestos free”. Walaubagaimanapun, kandungan bedak talkum Johnson-johnson hanyalah untuk jenis yang ini (seperti didalam gambar) tidak mewakili jenis bedak talkum johnson-johnson yang lain. Seperti yang kita sedia maklum, Johnson-johnson memang banyak jenis bedak bayi yang dikeluarkannya.

2. Jenama Anakku

  

Kandungan

  1. Talc (Talkum)
  2. Zea (kanji daripada jagung)
  3. Fragrance (Pewangi)
  4. Allantoin (Alantoin)
  5. Aloe Barbadensis Leaf Juice
  6. Maltodextrin (maltodekstrin)
  • Talkum: Tidak dinyatakan sama ada talkum yang digunakan mengandungi asbestos ataupun tidak
  • Zea Mays (Corn) starch: Mungkin salah satu usaha untuk mengurangkan kandungan talc dan melindungi daripada bedak daripada memasuki ruang pernafasan
  • Allantoin: Diperolehi daripada asid urik sesetengah haiwan ataupun extrak daripada tumbuhan. Dipercayai boleh merawat ulser kulit. US FDA’s (Food and Drug Administration) telah mengklafisikasikan allantoin sebagai selamat untuk menjadi bahan aktif dalam perlindungan kulit [3]
  • Aloe barbadensis: Sudah lama digunakan dalam perubatan traditional seperti merawat penyakit dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. Kajian jugak menunjukkan aloe vera boleh mengelakkan keradangan kulit dan menyembuhkan luka kecil [4].
  • Maltodextrin: Boleh memperbaiki kualiti produk seperti meningkatkan kestabilan produk [5]. Mungkin kerana factor penambahan kanji (starch) yang bersifat higroskopik iaitu mudah menyerap air atau kelembapan, factor penambahan maltodextrin menjadi keperluan. Hal ini kerana maltodextrin boleh menjadi penghalang kepada kelembapan pada permukaan partikel yang bersifat higroskopik [6,7].

3. Jenama Pureen

 

Kandungan

  1. Talc
  2. Fragrance
  3. Chlorhexidine dihydrochloride
  •  Talc: Tiada sebarang maklumat diberitahu, iaitu sama ada mengandungi asbestos ataupun tidak
  • Chlorhexidine dihydrochloride : Ianya selalu digunakan sebagai antiseptik

Riview dan pendapat

Bagi Dr. Jamu, yang paling selamat dan sesuai digunakan ialah jenama Anakku berbanding dengan Johnson & Johnson dan Pureen. Formulasi yang dihasilkan kurang memberi kesan sampingan yang negatif dengan mengandungi kanji dan Aloe Barbadensis Leaf Juice. Lagipun baru tahun 2016, Johnson & Johnson disaman. Memang sukar hendak Dr. Jamu mempercayai jenama ini lagi.

Tambahan pula Anakku adalah jenama Malaysia, rugi jika kita membeli produk luar seperti Johnson & Johnson. Siapa lagi nak beli barangan buatan Malaysia kalau bukan kita, yang pentingnya kualitinya lebih baik dan setanding dengan produk luar. Lagipun sekurang-kurangnya duit kita tidak dibawa keluar. Over pula Dr. Jamu bagi pendapat tentang ekonomi. Hehe.

Jadi jadikanlah bedak talkum Anakku sebagai pilihan anda. Jika anda ingin memberi hadiah kepada saudara-mara atau kawan-kawan yang baru bersalin,jangan lupa juga memilih Anakku. Namun masih menyarankan anda tidak menggunakan di kawasan pernafasan dan kawasan genital kerana ianya masih mengandungi talkum (tidak dinyatakan mengandungi asbestos ataupun tidak) sebagai langkah berhati-hati.

 

Rujukan

[1]  Norad, S.A. 2016. Talc and ovarian cancer. Gynecologic Oncology. 141, 410-412.

[2] https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/talcum-powder-and-cancer.html

[3] Federal Register. 1999. Staff Congressional Information Service Inc. National Archives and Records Administration, Office of the Federal, USA. 55, 11, 25240-25281

[4] Davis, R.H., Donato, J.J., Hartman, G. M., Haas, R.C. 1994. Anti-inflammatory and wound healing activity of a growth substance in Aloe Vera. Journal of the American Podiatric Medical Association. 84 (2), 77-81.

[5] Roos, Y., Karel, M., 1991. Applying state diagrams to food processing and development. Food Technology. 45 (12), 66-68.

[6] Avaltroni, F., Bouquerand, P., Normand, V., 2004. Maltodextrin molecular weight distribution influence on the glass transition temperature and viscosity in aqueous solutions. Carbohydrate Polymer. 58(3), 323-334.

[7] Chronakis, I.S., 1998. On the molecular characteristics, compositional properties and structural-functional mechanisms of maltodextrins. Critical Reviews in Food Science and Nutrition. 38 (7), 559-637.

 

 

 

 

 

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement