Sambungan Ke Media Social

Review Produk

Yang mana satu lampin pakai buang terbaik?

Bagi Dr. Jamu lampin pakai buang jenama Huggies adalah yang terbaik setakat ini. Pernahkan anda mencuba dan menggunakannya? Jika tidak, disini Dr. Jamu ingin memberi sebab kenapa anda perlu mencuba dan menggunakan jenama ini.

Mengapa lampin pakai buang Huggies yang terbaik?

1.Lampin pakai buang Huggies menggunakan sistem pasti kering, yang memastikan persekitaran lampin dan kulit anak anda sentiasa kering sehingga 10-12 jam lamanya. Kalau tidak percaya, cuba seluk tangan anda ke dalam lampin ketika anak anda menggunakannya. Contohnya selepas anak anda bangun tidur. Walaupun cara ini agak sedikit kotor, tapi dapat membuktikan persekitarannya yang kering. Jangan lupa cuci tangan selepas itu.

Pengalaman Dr. Jamu sendiri, yang mengunakan jenama ini tidak pernah menukar lampin pada waktu malam, yakni selepas anak Dr Jamu tidur.  Lebih kurang dalam 9 malam hingga 8 pagi esok harinya. Tetapi jika membuang air besar pada waktu malam, terpaksa anda menukarnya kerana najis boleh menyebabkan iritasi pada kulit anak anda berbanding dengan urin.  Alhamdullilah, setakat ini tidak pernah bocor atau basah katil dibuatnya. Kerja anda jadi mudah, anakpun tidaklah terganggu tidurnya. Kalau terbangun pun hanya inginkan susu sahaja. Jadinya lena tidur anak anda, lena lah tidur anda. Hehe

Beri keselesaan pada anak anda dengan Huggies, supaya anda boleh tidur dengan tenang

2.Tidak seperti lampin pakai buang yang lain, yang kebanyakkan diperbuat daripada bahan yang tidak telus. Ibarat seperti plastik, tidak membenarkan cecair atau udara melaluinya. Jadi tidak dapat bernafaslah kulit anak anda. Ini akan menimbulkan masalah pada kulit anak anda kerana udara yang terperangkap akan menjadikan persekitaran yang panas dan lembap. Memang sesuai sangat untuk pembiakan fungus terutamanya Candida albicans yang boleh menyebabkan infeksi di kawasan genital.

 

Kulit yang dijangkiti fungus Candida Albicans

Tetapi tidak untuk lampai pakai buang Huggies, ianya Breathable (boleh beranafas).  Ini kerana lapisan luarnya diperbuat daripada membran bermikroliang (microporous membrane). Maknanya zarah cecair yang lebih besar tidak dapat melaluinya, tetapi zarah udara dan wap air boleh melaluinya.  Ini bukan cakap kosong sahaja ya, disertai dengan ujian klinikal. Kajian menunjukkan kadar pengaliran wap air untuk lampin pakai buang yang biasa adalah menghampiri zero, tidak bagi Huggies iaitu kadar pengaliran wap airnya adalah ≥ 3000 g/m/ hari.

Lapisan luar lampin pakai buang Huggies menggunakan membran bermikroliang. Yakni hanya udara dan wap air dapat melaluinya. Jadi kulit anak anda dapat bernafas!!

Malahan ujian klinikal ini juga menunjukkan lampin pakai buang Huggies (Breathable) dengan berkesannya boleh merencatkan pembiakan Candida albicans. Juga dapat mengelakkan penyakit dermatitis, ruam dan iritasi kepada kulit bayi anda [1]. Memang sesuai sangat untuk kegunaan anak anda, lagi-lagi anak yang mempunyai kulit sensitif atau ekzema.

Pastinya bayi anda lebih ceria tanpa ruam atau penyakit kulit.

3. Lampin pakai buang Huggies juga boleh mencegah kebocoran dari pelbagai arah. Tak kisah lah arah manapun, di paha atau di atas dan di bawah, di tepi yang pastinya tidak bocor.

 

Alhamdullilah, Dr Jamu tidak pernah mengalami drama seperti ini lagi dengan Huggies Sumber: http://www.daddylibrary.com/diaper-overflowing-with-poop/#axzz4yTH1QB3o

4.Malah Huggies juga mempunyai pelapik penyerap cecair najis yang dapat mengurangkan sentuhan najis terhadap kulit bayi. Ini dapat mengurangkan iritasi terhadap kulit bayi. Walaubagaimanapun segera menukar lampin anak anda, jika anda sedar atau selepas habis anak anda membuang air besar. Seperti yang kita sedia maklum, najis boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi anda.

Huggies menggunakan pelapik penyerap najis.

5. Huggies mempunyai dua reka bentuk yang praktikal digunakan mengikut umur bayi anda. Contohnya “diapers” sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan kerana pergerakan mereka terhad.  Manakala drypants memang sesuai sangat bayi yang aktif bergerak menggunakan reka bentuk ini. Kalau tak rata-ratanya akan membuka sendiri pelekat lampin pakai buang.

 

Bergeraklah dengan pelbagai gayapun, Huggies dry pants pastinya tidak tertanggal atau tersenget bila dipakai.

6. Kos sememangnya memainkan peranan utama dalam kehidupan kita. Bagi Dr. Jamu ianya sangat berpatutan jika menilai dari pelbagai sudut kelebihan lampin pakai buang Huggies. Bagi yang ingin berjimat pula, Dr Jamu cadangkan guna Huggies ketika waktu tidur, kerana ianya sebenarnya sangat menjimatkan. Hanya satu lampin pakai buang di malam hari. Jimat dan praktikal bukan? Anda juga boleh menggunakan Huggies ketika bersiar-siar atau dalam perjalanan jauh. Katakan lah anda sekeluarga balik kampung di pantai timur, anak anda membuang air besar. Jadi anda tidak perlu risau dengan kebocoran, tak perlu hendak kelam kabut menukarnya. Hanya tunggu tempat rehat yang seterusnya untuk menukar lampin anak anda. Tiadalah drama-drama kebocoran di kereta ataupun dimana jua tempat bersiar-siar anda. Jimat dan praktikal bukan?

Elakkan drama seperti ini berlaku dalam hidup anda. Anda mampu mengelaknya dengan Huggies.

Tapi jika dirumah dan bukannya waktu tidur, mungkin anda akan ralat sedikit menggunakan produk Huggies ini. Ini kerana selalunya waktu siang anak kecil aktif membuang air besar. Ketahui masa anak anda selalu buang air besar dan gunakan jenama paling murah bagi anda. Sebabnya jika membuang air besar, sememangnya perlu menukarnya dengan segera. Contohnya, jika anak anda normalnya selalu buang air besar pada waktu tengah hari dan petang. Oleh itu, selepas mandi pagi guna apa sahaja lampin yang murah bagi anda kerana anda perlu menukarnya pada waktu tengah hari (katakan dari jam 8am-12pm). Dan guna sekali lagi jenama yang murah untuk anda, kerana anda perlu menukarnya pada waktu petang (katakan dari jam 12.30-6pm). Untuk malam, gunalah Huggies kerana anda tidak perlu menukarnya lagi. Jimat tak?

Apa yang paling penting sekali ialah mencubanya sendiri. Rasai sendiri pengalaman menggunakan lampin pakai buang jenama ini. Kalau ingin mencuba dengan percuma pergi ke laman web https://www.huggies.com.my/try-a-sample/. Dr. Jamu dah cuba, memang pihak Huggies menghantar percuma lampin ini dengan menggunakan pos. Tak rugi pun bila mencuba. Yang rugi ialah tidak mencuba.

 

Rujukan

[1]Akin, et al. 2001. Effects of Breathable Disposable Diapers: Reduced Prevalence of Candida and Common Diaper Dematitis. Padiatric Dermatology. 18 (4), 282-290.

 

 

 

 

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement