Sambungan Ke Media Social

Review Produk

Riview Herbaline Bangi (Facial Spa)

 

Kredit: www.klnow.com.my

Dr. Jamu, sarankan anda untuk mencuba facial spa di Herbaline (Bangi) sekurang-kurang sekali dalam seumur hidup. Memang tidak merugikan langsung dan sangat berbaloi. Jika anda mengharapkan kulit muka anda terus cantik seperti model selepas percubaan kali pertama facial. Memang agak sukar. Kulit anda cuma lebih bersih dan hilang kusam untuk sementara waktu. Boleh lah cantik sekejap untuk seminggu dua kerana perkhidmatan seperti ini perlu maintain. Sekurangnya sebulan sekali perlu dilakukan. Tapi apa yang penting untuk Dr. Jamu ialah kepuasan diri dan menikmati hidup sebagai seorang wanita. Hehe. Dan bagi Dr. Jamu Herbaline adalah tempat terbaik untuk anda mencuba facial kerana:

1. Potongan harga untuk percubaan pertama

Sebab utama kenapa Dr. Jamu mencadangkannya ialah, untuk percubaan kali pertama anda boleh mendapat potongan harga. Yang Dr. Jamu cuba ialah Dead Cell Removal Treatment kerana inilah yang paling murah.  Selepas potongan harga, ianya hanya RM 50. Sangat murah  untuk perkhidmatan yang profesional.  Jika anda mempunyai belanjawan yang mencukupi, boleh juga untuk mencuba facial yang  lebih sesuai untuk kulit muka anda.

2. Infrastruktur yang elegan & Cantik

Kredit: placesmap.net

Dengan harga percubaan RM 50, anda dapat merasa infrastruktur di Herbaline yang bagi Dr. Jamu sangat memuaskan. Elegan dan cantik!! Yang paling penting bagi Dr. Jamu katil, bantal, selimut dan baju persalinan (digunakan sewaktu facial) tidak berbau dan bersih. Tandas pun bersih!!!

3. Terapis yang profesional dan terlatih

Dengan harga percubaan RM 50, anda dapat mencuba terapis yang profesional dan terlatih. Urutan yang tersendiri dengan pergerakan dan tekanan urutan yang tepat. Tidak lah seperti sesetengah spa yang buat facial seperti menyental kuali.  Malah proses pengeluaran whitehead dan blackhead juga tidak menyakitkan, kerana mempunyai teknik yang tersendiri. Terapis juga akan mengurut tangan, bahu dan kepala ketika berfacial. Lengkap bukan?

4. Proses perkhidmatan yang teratur & berbaloi dengan harga

Pada mulanya pihak spa akan menghidangkan ” Red Tea” dan tuala suam (digulung dengan kemas) untuk membersihkan tangan. Kemudian akan berbincang mengenai rawatan yang sesuai  untuk anda. Jika tidak mempunyai budget yang mencukupi, pilih apa yang mampu sahaja. Jangan malu, beritahu sahaja budget anda dan kekal memilih rawatan Dead Cell Removal Treatment.

Selepas selesai anda, akan dibawa ke dalam pusat spa untuk membersihkan kaki terlebih dahulu dengan rendaman air garam. Seterusnya dibawa ke bahagian tempat facial dan perlu menukar pakaian yang disediakan untuk lebih selesa. Selepas anda siap menukar pakaian, barulah proses facial bermula. Herbaline juga ada menggunakan machine tambahan untuk membuang sel kulit mati, dimana bagi Dr. Jamu susah untuk mencuba perkhidmatan ini dengan harga yang rendah. Spa facial ini diakhiri dengan secawan air serai yang dapat menyegarkan badan. Sangat berbaloi untuk harga percubaan yang hanya RM 50 bukan?

5. Ketenangan dan kepuasan diri

Kredit: ralphsmart.com

Cuba anda bayangkan diri ditempat rehat yang cantik dan selesa , dengan suhu persekitaran yang optimum.  Bau persekitaran yang mendamaikan dan sambil diurut dengan terapis profesional. Bagi Dr. Jamu ianya seperti di syurga.  Untuk kaum ibu, inilah masa untuk anda melarikan diri daripada huru-hara di rumah. Rehatkan pemikiran anda disini dan balik ke rumah dengan semangat baru. Hehe. Sekali- sekala perlu lah juga manjakan diri. Betul tak?

Maklumat mengenai Herbaline

Jangan tunggu lagi, segera setkan temu janji anda  dengan Herbaline (Bangi). Takut harga berubah demi tahun. Untuk maklumat mengenai Herbaline seperti berikut:

Laman web:

http://www.herbaline.com.my/, https://www.facebook.com/herbalinebangi/

No telefon : 03-8920 1477

Alamat: G-23, Jalan Kajang Impian 1/11, Taman Kajang Impian
Kajang, Malaysia 4365

Waktu perkhidmatan: 10.30 am-7.30 pm

 

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement