Sambungan Ke Media Social

Review Produk

Product Review : MUJI Cleansing Oil

Pernahkah anda mengalami situasi di mana sisa make up masih belum tertanggal walaupun anda rasa telah mencuci muka dengan sebersihnya menggunakan facial wash dan telah menggunakan make up remover? Ya, Cik Belle juga selalu mengalami masalah yang sama dahulu. Bila make up tak dicuci sempurna, mulalah masalah lain timbul. Liang pori tersumbat, naik jerawat dan macam-macam lagi. Tetapi semenjak mengetahui tentang teknik ini, Cik Belle menjadi pengamal tegar double cleansing. Gitu!

 

Sumber: http://www.musingsofamuse.com

Double cleansing bermaksud menggunakan cleansing oil pada cucian kali pertama, sebelum kita meneruskan rutin biasa menggunakan water based cleanser. Cleansing oil yang baik seharusnya boleh menanggalkan make up dan sunscreen yang degil pada muka dan membentuk emulsion bila bercampur dengan air. Gabungan antara oil dan air ini menjadikan minyak dan segala kotoran di muka mudah ditanggalkan.

Muka kita ni terdedah dengan dua jenis kotoran, iaitu yang berasaskan air dan juga minyak. Facial cleanser biasa hanya boleh menanggalkan kotoran seperti debu dan peluh sahaja. Jadi, sebab itu pentingnya cleansing oil. Muka kita pun secara semulajadi merembeskan minyak, dan kerana kebanyakan bahan yang terdapat pada make up kita mengandungi minyak, dan like dissolves like, oleh itu cleansing oil dapat menanggalkan minyak dan make up dengan lebih efisien! Cik Belle sendiri kagum dengan hasilnya kerana setelah menggunakan teknik ini, segala kotoran dan make up tanggal dengan mudah sekali tanpa perlu gosok muka dengan kuat semasa mencuci muka. Hehehe.

Sekarang ni, Cik Belle menggunakan cleansing oil jenama MUJI yang diperkenalkan oleh adik Cik Belle sendiri. MUJI merupakan sebuah jenama dari Jepun.

Sebenarnya banyak lagi jenama lain yang boleh dijumpai di Watsons dan juga Guardian cuma Cik Belle belum pernah cuba. Mungkin selepas MUJI ini habis, Cik Belle akan cuba yang lain pula. Hanya untuk merasai pengalaman yang lain. Hehe.

Cik Belle sangat suka dengan packaging MUJI ni. Sangat minimalist dan simple. Ia juga didatangkan dengan safety lock pada pump bottle jadi tidak perlu risau tentang content spill ketika travel.

Ini pula adalah senarai bahan yang terkandung dalam cleansing oil ni. Kebanyakannya terdiri dari fruit extract. Harganya ialah RM39.90 untuk 200 mL. Tetapi waktu Cik Belle beli, ada diskaun 10%, jadi harga baru oil ni adalah RM35.90. 

MUJI oil cleanser ni mempunyai tekstur agak cair. Taklah pekat mana. Berminyak, tapi quite runny. Biasanya Cik Belle menggunakan dua pump untuk mencuci seluruh muka. Ia juga mempunyai bau seperti olive oil namun tidaklah terlampau kuat dan Cik Belle tak terganggu dengan baunya.

Cara menggunakannya, gosokkan saja pada kulit, bila dah rata tambah air sikit untuk biar ia emulsify dengan air. Campuran ini akan menjadi milky. Gosok lagi dan bilas dengan air sampai bersih. Kemudian baru Cik Belle teruskan rutin mencuci muka menggunakan cleanser biasa. Setakat ini Cik Belle rasa tidak mempunyai apa-apa masalah dengan oil cleanser ini kerana ia dapat menjalankan tugasnya dengan baik sekali.

Untuk cleanser biasa, kita digalakkan untuk menggunakan low pH cleanser. Tetapi Cik Belle akan kongsikan mengenai kepentingan low pH cleanser pada entri yang lain ok? 🙂

So macam mana nak tahu yang cleansing oil yang sesuai dengan kulit kita?

Cik Belle rasa kena melalui cara trial and error. Yalah kan, belum cuba belum tahu dan tidak semua produk yang sesuai dengan kulit orang lain akan sesuai dengan kulit kita. Tetapi kebanyakan cleansing oil sesuai dengan semua jenis kulit sama ada kering ataupun berminyak. Kalau tidak berkenan di hati pun, mungkin faktor harga, tekstur (terlampau pekat atau terlampau cair) dan juga bau.

Jadi bagi sesiapa yang belum pernah mencuba double cleansing method ini, Cik Belle sarankan agar anda mula mencuba sekarang dan Cik Belle yakin anda juga akan menjadi pengamal tegar teknik ini. Selamat mencuba!

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement