Sambungan Ke Media Social

Review Produk

Perkhidmatan Pediatrik yang murah di Klinik Kanak-kanak Kwan (Kajang)

 

Kredit: babysiri.com

Tujuan utama Dr. Jamu berkongsi maklumat mengenai Klinik Kanak-kanak Kwan kerana menyedari kepentingan untuk berjumpa dengan pediatrik atau pakar kanak-kanak apabila anak kecil anda mengalami masalah kesihatan. Khususnya untuk kanak-kanak berusia bawah 5 tahun. Bagi Dr. Jamu waktu ini adalah waktu yang genting,  di mana ianya akan menentukan kelangsungan hidup, sama ada mengalami kecacatan di masa akan datang dan dapat mengesan penyakit kekal lebih awal seperti autisme.

Kredit: study.uwa.edu.au

Bukannya ingin menyatakan doktor biasa tidak bagus, tetapi pastinya doktor kanak-kanak lebih berpengetahuan dan berpengalaman mengenai kesihatan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi anak kecil bukannya boleh menggambarkan penyakit mereka dengan terperinci. Malah, Dr. Jamu susah mentafsirkan tahap kesihatan anak sendiri, kerana walaupun demam masih ingin bermain.  Walaupun masih aktif, tetapi Dr. Jamu masih risau kerana takut terkena jangkitan. Contohnya jangkitan pneumonia, dimana salah satu simpton awalnya seperti demam, batuk dan selsema. Sama sahaja seperti penyakit biasa bukan?  Jadi lebih baik kita minta nasihat kepada mereka yang pakar dalam bidangnya. Sekurang-kurangnya ini adalah salah satu usaha atau cara untuk menjaga kesihatan anak anda.

Kebaikan

Namun tidak semua ibu bapa mampu untuk membawa anak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan pediatrik kerana kosnya lebih mahal daripada doktor biasa. Jangan kuatir. Bagi Dr. Jamu harga di klinik kanak-kanak kwan ini lebih murah daripada pediatrik yang lain. Pengalaman Dr. Jamu,  jarang cas yang dikenakan melebihi RM50 iaitu termasuk consultation dan ubat (seperti demam, selsema dan batuk). Jika dibandingkan pediatrik di Hospital KPJ Kajang, sememangnya Klinik Kwan jauh lebih murah. Consultation di KPJ sahaja boleh mencecah RM 70-80 ++, itu belum termasuk ubat lagi. Bagi Dr. Jamu ubat di KPJ agak mahal. Pengalaman Dr. Jamu sendiri di Klinik Kwan dan KPJ, tidak jauh bezanya dari segi ilmu pengetahuan mereka. Mereka masih pediatrik iaitu pakar kanak-kanak. Jika anda tidak berkemampuan, Dr. Jamu sangat menyarankan anda mendapatkan rawatan di Klinik Kwan. Ini kerana kadang kala ianya lebih murah daripada klinik biasa. Jika anda tinggal di kawasan sekitar Kajang, boleh lah mencuba perkhidmatan di klinik ini.

Kredit: www.mskcc.org

Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan vaksin di klinik Kwan ini, lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk mengambil vaksin tambahan seperti pneumoccoccal. Di mana vaksin seperti ini  bukan lah sebahagian daripada  program imunisasi negara dan tidak disediakan di klinik dan hospital kerajaan. Jika anda merancang mengambil vaksin di sini, anda akan diberi keutamaan dari segi nombor giliran. Ini bermakna anda tidak perlu menunggu lama.

Kelemahan

Klinik Kanak-kanak Kwan kelihatan seperti sebuah klinik lama. Infrastrukturnya tidaklah moden dan elegan seperti hospital atau klinik swasta seperti Hospital KPJ.  Jangan kuatir peralatan mereka asas mereka masih lengkap. Apa yang lebih penting adalah ianya BERSIH. Malah disini juga menyediakan rawatan fototerapi untuk bayi jaundis.

Maklumat Tambahan

1.Doktor bertugas

(1) Dr. Hoh Weng Jou
MD (UPM), MRCPCH (United Kingdom)
Consultant Paediatrician

(2) Dr. Kwan Kow
MBBS (MAL), MRCP (UK), DCH (London)
Consultant Paediatrician

2. Alamat: 21, Jalan Raja Haroun, 43000 Kajang, Malaysia

3. Nombor telefon: 03-8736 3118

 

4. Website: Facebook, Opening hours

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement