Sambungan Ke Media Social

Resepi

Sup tomato Untuk Bayi & Anak Kecil

Manfaat: Tomato kaya dengan vitamin A, C, E  dan folat [1], dapat membantu dalam pembesaran anak anda. Tomato juga kaya dengan dengan likopena (lycopene) yang bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel-sel badan daripada rosak [2]. Di antara kebaikkan tomato adalah untuk mengelak penyakit kardiovaskular (sakit jantung),  mengelakkan kanser, mengelakkan obesiti dan  untuk kesihatan mata [3-6].

Sup tomato ini sesuai diberikan untuk anak anda sebagai sarapan atau sebagai makanan malam. Selalunya Dr. Jamu akan berikan sebagai sarapan pagi, jika ada lebihan Dr. Jamu akan simpan (di dalam chiller)  untuk makanan tengah hari pula. Cuma diubah suai sedikit, contohnya campurkan sup tomato ini dengan bubur ayam yang telah siap dimasak.

Sup Tomato

Bahan-bahan

  • 2 biji tomato
  • 1-1/2 biji lobak merah
  • 1/2 biji Kentang
  • 1/2 biji Bawang Holland (saiz kecil)

Cara penyediaan

  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar. Tekstur makanan pula bergantung kepada umur anak anda.
  • Panaskan satu sudu minyak zaitun dalam periuk jika mahu. Kemudian masukkan hasil kisaran anda, kecilkan api dan tutup bahagian atas periuk (supaya dapat mengurangkan kadar penyejatan air). Kacau sekali sekala.
  •  Kepekatan sup tomato bergantung kepada kesukaan anda. Jika mahu lebih cair tambahkan sedikit air. Pastikan semua bahan-bahan kisaran sudah masak. Anggaran masa memasak dalam 15-20 minit.
  • Siap untuk dihidangkan.

 

Rujukan

[1] http://nutritiondata.self.com/facts/vegetables-and-vegetable-products/2956/2

[2] Chaiyasit et al. 2005. The relationship between the physicochemical properties of antioxidants and their ability to inhibit lipid oxidation in bulk oil and oil in water emulsions. Journal of Agricultural Food Chemistry. 53 (12); 4982-4988.

[3] Cheng et al. 2017. Tomato and lycopene supplementation and cardiovascular risk factors: A systematic review and meta-analysis. Atherosclerosis. 257: 100-108

[4] Sengupta, A. & Das, A. 1999. The anti-carcinogenic role of lycopene, abundantly present in tomato. European Journal Cancer Prevention. 8 (4); 325-330

[5] Ghavipour, M., Sotoudeh, G. & Ghorbani, M. 2015. Tomato juice consumption improves blood antioxidative biomarkers in overweight and obese females. Clinical Nutrition. 34: 805-809.

[6] Khachik et al. 2002. Chemistry, distributon and metabolism of tomato carotenoids and their impact on human health. Experimental Biology and Medicine. 227 (10); 845-851

 

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement