Sambungan Ke Media Social

Resepi

Minum jus pegaga untuk kecantikan dan awet muda

Dari kecil, Dr. Jamu suka perhatikan wanita yang berumur tetapi kulitnya kekal cantik dan nampak muda. Jika berkesempatan Dr. Jamu akan bertanyakan rahsia awet muda mereka. Yang menariknya hampir semua wanita tersebut memberi jawapan yang sama iaitu ” Amalkan minum jus pegaga”. Menurut mereka minum jus pegaga ini boleh membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda. Setelah membuat sedikit sorotan kajian (literature riview) mengenai pegaga dan khasiatnya. Wow!! Memang selepas ini Dr. Jamu akan lebih berdisplin untuk mengamalkannya.

Manfaat: Tidak heran lah jika jus pegaga boleh mengekalkan keremajaaan kulit. Ini kerana menurut kajian pegaga boleh meningkatkan lagi penghasilan kolagen dalam badan [1].  Jadi minum sahaja, jus pegaga untuk tingkatkan penghasilan kolagen dalam badan anda. Bagi Dr. Jamu ini lebih baik, daripada anda bergantung dengan produk yang berasaskan kolagen. Konsepnya sama dengan susu badan, badan kita akan menghasilkan susu badan jika kita ingin menggunakannya. Lagi banyak anda stimulate atau rangsang, lebih banyak susu badan anda. Jika tidak susu badan anda akan kering. Jadi rangsang badan anda, dengan jus pegaga. Supaya badan kita tahu, kita perlukan kolagen!!!

Malah pegaga juga kaya dengan antioksidan seperti polyphenol, flavanoid, carotene, vitamin C dan DPPH (2,2-diphenyl-1-picrylhydrazyl) untuk melindungi sel-sel badan anda daripada rosak [2-3]. Antioksidan juga penting untuk mengekalkan kecantikan kulit anda.

Image: mind2health.com

Bukan sahaja untuk awet muda, malah pegaga juga mampu mengelakkan penyakit yang disebabkan umur yang makin meningkat. Contohnya memperbaiki kadar ingatan dan fungsi kognitif [4-5], berpotensi untuk mengelak daripada terkena strok [6] dan menjaga kesihatan mata [7].

Image: patch.com

Berikut adalah cara-cara penyedian jus pegaga, elakkan menambah gula. Hampasnya pula jangan dibuang, skrub pada muka dan tangan untuk menghilangkan kulit yang kusam. Malah, pegaga juga mengandungi tannin iaitu bahan astrigent [3] yang boleh membantu anda mengecilkan liang pori-pori dan menegangkan kulit wajah. Jadi kulit akan nampak lebih licin, halus dan muda.

Bahan-bahan

  • 3 genggam pegaga (dibuang akarnya)
  • 1/2 biji epal (Pilihan: Boleh ditambah jika anda tidak menyukai rasa pegaga)
  • 2 gelas air

Cara penyediaan

  • Masukkan semua bahan diatas ke dalam pengisar dan tapis hampas untuk mendapatkan jusnya
  • Minum segera

Rujukan

[1] Maquart et al. 1990. Stimulation of collagen synthesis in fibroblast cultures by a triterpene extracted from Centella Asiatica. Connective Tissue Research: 107-120.

[2] Gupta, R. & Flora, S.J. 2006. Effect of Centella asiatica on arsenic induced oxidative stress and metal distribution in rats. Journal of Applied Toxicology: 26 (3), 213-222

[3] Chandrika et al. 2015. Centella asiatica: Nutitional Properties and Plausible Health Benefits. Advances in Food and Nutrition Research; 76, 125-157.

[4] Gray et al. 2017. Centella asiatica attenuates induced neurodegenerative spine loss and dendritic simpification. Neuroscience Letters; 646, 24-29.

[5] Shinomal et al. 2011. Exploring the role of ” Brahmi” (Bocopa monnieri and Centella asiatica) in brain function and therapy. Recents patents on endocrine, metabolic & immune drug discovery; 5(1)

[6] Tabassum et al. 2013. Centella asiatica attenuates the neurobehavioral, neurochemical and histological changes in transient focal middle cerebral artery occlusion rats. Neurological Science. 34(6)

[7] Chandrika et al. 2015. Centella asiatica: Nutitional Properties and Plausible Health Benefits. Advances in Food and Nutrition Research; 76, 125-157.

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement