Sambungan Ke Media Social

Resepi

Jus tomato Untuk Kulit Cantik dan Kekal Sihat

Impikan kulit yang cantik, gebu dan licin? Tapi sampai sekarang masih gagal. Jangan berputus asa. Apa kata cuba cara Dr. Jamu  dengan jus tomato. Ia sesuai diamalkan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan kekal sihat. Amalkan minum jus tomato 2-3 kali seminggu, dalam masa sebulan anda sendiri akan rasai perubahan yang ketara. Jujurnya Dr. Jamu kurang suka dengan rasa tomato, oleh itu dalam resepi ini Dr. Jamu akan mencampurkan dengan epal hijau untuk menutup rasa tomato. Hampas jus, boleh dilumurkan pada muka atau di badan anda untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Manfaat: Tomato yang kaya dengan Vitamin A, C dan E bukan sahaja mampu mencantikkan kulit.  Malah mengandungi likopena (lycopene) yang bertindak sebagai antioksidan.  Ini dapat melindungi sel-sel badan daripada rosak dan mengurangkan risiko terkena kanser seperti kanser buah dada dan prostate [1-2]. Tomato juga boleh mengelakkan obesiti, dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetis dan penyakit jantung [3-4]. Untuk mereka yang sedang berdiet, memang sesuai sangat jadikan jus tomato sebagai salah satu menu diet anda.

Dr. Jamu suka gabungan tomato dan lobak merah kerana, lobak merah juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti A, D, B, E dan C. Malah lobak merah menjadi sumber utama untuk mendapatkan carotenoid seperti α-carotene dan ß-corotene yang bertindak sebagai pro-vitamin A. Memandangkan Dr. Jamu rabun dan menggunakan kanta lekap setiap hari, sememangnya gabungan jus ini membantu Dr. Jamu memperbaiki kesihatan mata dan sedikit sebanyak mampu meredakan mata yang penat. Bagi Dr. Jamu memang tidak rugi mengamalkan jus ini, mudah sahaja cara membuatnya, murah pun murah, kecantikan pun terjaga dan juga dapat menjaminkan kesihatan yang lebih baik. Selamat mencuba!!!

Bahan-bahan

  • 1  1/2  biji tomato
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 biji epal hijau (boleh digantikan dengan epal merah)
  • 1 cawan air

Cara penyediaan

  • Masukkan semua bahan diatas ke dalam pengisar dan tapis hampas untuk mendapatkan jusnya
  • Minum dengan segera.

Rujukan

[1] Chaiyasit et al. 2005. The relationship between the physicochemical properties of antioxidants and their ability to inhibit lipid oxidation in bulk oil and oil in water emulsions. Journal of Agricultural Food Chemistry. 53 (12); 4982-4988.

[2] Sengupta, A. & Das, A. 1999. The anti-carcinogenic role of lycopene, abundantly present in tomato. European Journal Cancer Prevention. 8 (4); 325-330

[3] Ghavipour, M., Sotoudeh, G. & Ghorbani, M. 2015. Tomato juice consumption improves blood antioxidative biomarkers in overweight and obese females. Clinical Nutrition. 34: 805-809.

[4]  Cheng et al. 2017. Tomato and lycopene supplementation and cardiovascular risk factors: A systematic review and meta-analysis. Atherosclerosis. 257: 100-108

[5] Gao, J. & H. P. Vasasantha. 2012. Nutritional, physicochemical and microbial quality of ultrasound-treated apple-carrot juice blends. Food and Nutrition Sciences. 3: 212-218.

 

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement