Sambungan Ke Media Social

Resepi

Jus delima, bukan sahaja untuk cantik tapi juga merawat penyakit

Buah delima antara buah yang mendapat perhatian masyarakat Islam kita, bukan sahaja kerana khasiatnya tetapi ada disebut/dinyatakan di dalam Al-Quran. Oleh itu, ramai yang ingin mengamalkanya, lagi-lagi mereka yang punyai sakit kronik seperti kanser dan ibu mengandung. Walaupun bagi Dr.Jamu buah ini agak mahal, tetapi dari segi khasiatnya sememangnya berbaloi. Bagi, Dr. Jamu kalau dapat amalkan sebiji seminggupun dah cukup bagus. Hal ini kerana buah delima bukan sahaja untuk menjaga kecantikan malah boleh menghindarkan dan merawat penyakit. Sekali-sekala, untuk kelainan boleh lah buat jus delima.

Kredit: https://healthynibblesandbits.com/how-to-make-pomegranate-juice/

 

Manfaatnya: Kaya dengan nutrien seperti folat, vitamin E, B dan K. Juga mineral seperti potassium, sodium dan iron [1]. Malah, buah delima  mempunyai antioksida yang tinggi yang mampu melindungi sel-sel badan daripada rosak (oxidative damage) , sekaligus mengurangkan risiko daripada mendapat tumor ataupun infeksi dan mengelakkan penuaan [2-3].   Sebatian seperti anthocyanin, derivatif asid elargik dan tannin dikesan di dalam jus delima, di mana sebatian ini lah yang memberi sifat antioksida. Kajian juga mendapati kandungan antioksida jus delima, adalah tiga kali ganda lebih daripada wine merah dan teh hijau [4].

Teringat Dr. Jamu kepada seorang rakan non muslim yang mengajak Dr. Jamu untuk mencuba wine kerana antioksidanya. Terus Dr. Jamu jawab, antioksida delima lebih tinggi daripada wine. Bijak tak jawapan, Dr. Jamu?

Yang paling  menariknya,  delima ini ia dikatakan mampu menghindari aktiviti kanser [5]  dan memperlahankan perkembangan (progress) penyakit kronik [6], melambatkan pertumbuhan sel kanser prostat  [7]. Kajian keatas manusia jugak mendapati delima menunjukkan kesan antiatherogenic (mengelakkan pembentukan lemak di arteri), antihypertensive (mengelakkan tekanan darah tinggi) dan anti-inflammatory (mengelakkan keradangan) [8].

 

Bahan-bahan

  • 1-2 biji delima (bergantung kepada saiz)

Cara penyediaan

  • Kupas buah delima, masukkan ke dalam pengisar dan tapis hampas untuk mendapatkan jusnya
  • Mudah sahaja, boleh rujuk pada video ini
  • Minum segera

 

Rujukan

[1] https://en.wikipedia.org/wiki/Pomegranate

[2] Li et al. 2006. Evaluation of antioxidant properties of pomegranate peel extract in comparison with pomegranate pulp extract. Food Chemistry. 96 (2): 254-260

[3] Joshi et al. 2010. Chemical constituents of asparagus. Pharmacognosy Riviews. 4 (8): 215

[4] Erim, F. B. & Kalacioglu, Z. 2016. Total phenolic contents, antioxidant activities and bioactive ingredients of juices from pomegrante cultivars worldwide. Food Chemistry. 221: 496-507

[5]Turrini, E., Ferruzzi, L., & Fimognari, C. (2015). Potential effects of pomegranate polyphenols in cancer prevention and therapy. Oxidative Medicine and Cellular Longevity, 2015, 1–19

[6]Faria, A., & Calhau, C. (2010). Chapter 36-pomegranate in human Health: An overview.In Bioactive foods in promoting health; 551-563

[7] Deng, Y., Li, Y., Yang, F., Zeng, A., Yang, S., Luo, Y., Zhang, Y. 2017.The extract from Punica granatum ( pomegranate ) peel induces apoptosis and impairs metastasis in prostate cancer cells. Biomedicine  & Pharmacotherapy, 93, 976–984.

[8] Gil et al. 2000. Antioxidant activity of pomegrante juice and its relationship with phenolic composition and processing. Journal of Agriculture and Food Chemistry. 48: 4581-4589.

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement