Sambungan Ke Media Social

Kehidupan

Tips penting memilih pengasuh

 

Memilih pengasuh yang sesuai untuk anak. Bukan lah perkara yang boleh dipandang remeh. Jika tersilap langkah, anak kecil boleh dijadikan mangsa penderaan fizikal atau seksual. Dr. Jamu pun sudah berkali-kali menukar pengasuh, untuk mencari yang paling sesuai untuk anak dan yang memudahkan diri kita. Yang paling penting perlu difikirkan keselamatan dan penyakit berjangkit. Ini tips penting memilih pengasuh untuk anda, dari pengalaman Dr. Jamu sendiri.

1.Feedback dari jiran atau ibu bapa anak jagaan pengasuh

Yang ini super penting bagi Dr. Jamu. Penting untuk kita dapatkan feedback untuk mengenali pengasuh. Kalau kurang dari segi jagaan pun, sekurang-kurangnya tidaklah sampai mendera. Kiranya bukan orang yang tidak baik. Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan pengasuh anak sekarang. Nak pula, di kawasan kejiranan sahaja. Ramai yang beri feedback yang “mak cik” nie anak-anak yang diasuh,  sampai tak kisah pun balik rumah atau tak. Sehinggakan anak jagaan yang sudah besar, (sekolah menengah kalau tak silap), masih akan datang bila cuti sekolah.

Bagi Dr. Jamu susah untuk kita kenal orang tanpa feedback dari orang yang kita percayai. Kalau nak tengok perwatakan, susah nak tentukan manusia yang kurang baik. Semua akan tersenyum dan mesra untuk hari pertama berjumpa. Lagi-lagi ini dikira punca pendapatan juga untuk pengasuh. Kebanyakkan kes penderaan oleh sehingga mengakibatkan kematian rata-ratanya memilih pengasuh dari “social media seperti facebook”. Mungkin ada yang betul ikhlas menjaga. Tapi kita selalu pesan pada anak, “Jangan cakap atau hampir dengan orang tak kenal”, “jangan ikut orang tak kenal”, “kalau orang tak kenal bagi gula, jangan ambik”. Jadi kenapa kita hantar anak pada orang kita sendiri tak kenal?

2. Umur & mempunyai anak

Dr. Jamu prefer yang umur 35 ke atas, sebab bagi Dr. Jamu wanita lingkungan umur ini. Lebih matang untuk menguruskan emosi dan lebih stabil dalam pengurusan rumah tangga. Pastinya dah berkhawin dan punyai anak sendiri. Bagi Dr. Jamu sebelum jaga anak orang, perlu  ada pengalaman jaga anak sendiri. Supaya naluri ibu itu semakin menebal.

Jujurnya Dr. Jamu yang jaga anak sendiri pun nak pitam dibuatnya, kekadang rasa nak mengamuk juga. Memang boleh jaga anak sendiri sahaja, bukan anak orang lain. Haha. Baru lah kita tahu betapa susahnya duduk dengan anak kecil 24 jam setiap hari. Kalau tak berkhawin lagi, tiada pengalaman jaga anak sendiri. Macam mana nak tahu perasaan yang anak-anak buat hal. Sebab kadang-kadang anak ini, bukan mudah diuruskan, ada hari asyik tak kena je. Menagis sahaja. Nak pula time, ada masalah keluarga, kewangan ataupun external factor yang lain. Tak ke akan jadi masalah penderaan? Anak sendiri tak pelah, kita sayang. Untuk pengasuh, bagaimana pula?

3. Pengalaman mengasuh

Lebih baik mempunyai pengalaman untuk mengasuh. Selalunya pengasuh yang berpengalaman pandai nak “handle anak-anak”. Kadang-kadang Dr. Jamu pun pelik camne “mak cik” nie boleh maintain kemas rumah even ramai juga yang diasuhnya. Mungkin dalam 5-6 orang. Dan Dr. Jamu lebih suka kalau ada anak pengasuh, yang umurnya lebih daripada 3-4 tahun. Selalunya budak-budak besar ni, dah pandai berfikir & akan mengadu pada ibu-bapa kalau ada apa2 masalah. Tambahan pula, “mak cik” ni pandai mengajar tentang “malu”. Maksudnya lepas mandi kene cepat-cepat pakai seluar. Tak delah yang nak berbogel ke, pakai spender je ke. Hehe. Bagi Dr. Jamu benda nie bagus untuk elak perkara yang tak diingini. DR. Jamu pun sudah mula mendidik anak, supaya ada perasaan malu terutamanya bila dedah alat sulit.

4. Keadaan rumah

Kredit: http://www.cleanhousehappyhouse.com/

Lebih suka rumah pengasuh yang bersih dan kemas supaya penyakit berjangkit seperti cirit birit boleh dielakkan.  Jika anak anda, ada alahan atau kulit sensitif, mungkin binatang peliharaan pengasuh seperti kucing akan membawa masalah kepada anak anda.

5. Jika lewat ambik anak?

Kredit: https://www.trainingwheelsneeded.com/happens-youre-late-for-pick-up/

Tanya pendapat atau perjanjian yang tak rasmi sekiranya lewat mengambil anak. Kalau yang nak punctual tak boleh nak lambat tu, lebih baik cari orang lain. Sebab sekali sekala pastinya kita akan balik lewat.  Macam Dr. Jamu, dipersetujui bersama dengan pengasuh. Sekiranya lewat mengambil anak, start jam 6.30pm Dr. jamu akan bayar overtime.

6. Tanya khabar anak

Anak, Dr, Jamu memang banyak sogehnya. Tak boleh kene tinggal, nak ke toilet pun nak ikut, memasak pun nak ikut, nak sembahyang pun susah. Kalau tak nampak pengasuh akan menagis, kekadang sampai berguling-guling.  Suka melalak tu dah perkara biasa. Yang masalahnya, kawan-kawan yang lain semua okey je, duduk main sama2. Dia je yang suka mengikut orang a.k.a pengasuh. Kat rumah pun camtu, nak ikut Dr. Jamu je keje nya. Nak jalan pun susah. Sebelum balik, selalunya Dr. Jamu akan bertanya khabar anak secara santai. Dengan pengasuh yang sekarang, alhamdullilah. Pandai urus emosi anak Dr. Jamu. Contohnya, bila sembahyang pengasuh akan pesan pada anak Dr. Jamu dahulu dan buka pintu untuk anak Dr. Jamu tinjau. So, boleh lah anak Dr. Jamu check dia tak hilang. Hahaha.

7. Syarat tambahan

Mungkin anda, ada apa permintaan untuk dibincangkan dan di persetujui bersama. Contohnya, Dr. Jamu berharap jika anak ada terjatuh ataupun kecederaan terus lapor. Senang untuk kita terus bawa ke hospital atau klinik. Dr. Jamu juga akan pesan untuk tidak bawa anak Dr. Jamu ke luar rumah. Maksudnya dalam rumah sahaja, untuk mengelakkan risiko kemalangan.

_Semoga bermanfaat_

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. siti zubaidah kelantan

    November 25, 2019 at 11:08 am

    Bermanafaat tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement