Sambungan Ke Media Social

Informasi

Pengalaman penjagaan anak kecil yang dijangkiti HFMD

Akhirnya, anak Dr. Jamu kena jugak penyakit HFMD (Penyakit Tangan Kaki dan Mulut). Memang tak terduga, sebab wabak HFMD yang menular sekitar pertengahan tahun 2018 seperti sudah berkurangan. Bermula dengan anak Dr. Jamu demam secara tiba-tiba (hari pertama). Tak lah panas mana, tapi asyik merengek sahaja. Malam pula anak Dr. Jamu asyik merengek seperti tak selesa. Agak pelik, selalunya kalau demam biasa jarang sangat untuk merengek. Hari kedua,  dah mula tak nak makan. Anak, Dr. Jamu menzahirkan rasa tak selesa dengan selalu memasuk jari dalam mulut. Bila periksa adalah beberapa ulser pada lelangit. Rasa mustahil ulser biasa, sebab anak Dr. Jamu sangat lah banyak minum susu.

Masa itu, Dr. Jamu ingat ada jangkitan, tak terfikir pula HFMD sebab tiada lepuh atau ruam di tangan ataupun dikaki. Bila keadaan anak Dr. Jamu makin meragam dan suhu badan semakin menaik. Kami terus ke klinik kanak-kanak untuk kepastian dan disahkan terkena HFMD. Doktor pula hanya memberi ubat demam, dan ulser. Tiada antibiotik dan akan baik dengan sendiri. Jadi ini adalah pengalaman Dr. Jamu sendiri menjaga anak kecil

 

1.Bawa segera ke hospital atau klinik

Kredit: https://www.heart.org

Perlu bawa berjumpa doktor untuk kepastian dan nasihat. Doktor juga akan memilih ubatan yang sesuai untuk anak anda. Contohnya ubat ulser.

2.Utamakan kebersihan

Kredit: https://www.medklinn.com

Kebersihan paling utama dalam menjaga anak HFMD. Hal ini kerana ianya cepat berjangkit melalui sentuhan langsung dengan cacair hidup, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yang di jangkiti [1]. Bukan kanak-kanak sahaja yang boleh kena orang dewasa pun boleh. Sebab itu kebersihan diri kita juga perlu diutamakan. Kebersihan juga penting untuk mengelak anak anda dari dijankiti ke tangan ataupun sehingga ke kaki. Alhamduliilah, anak Dr. Jamu hanya mengalami ulser di mulut sahaja.

kerap basuh tangan anak dan mandi

Pesakit HFMD akan meleleh air liurnya. Air liur pula akan membawa jangkitan HFMD. Jadi kerap basuh tangan, lagi-lagi apabila tangan anak anda sudah tersentuh air liurnya sendiri. Dr. Jamu juga menggunakan dettol hand sanitizer dengan harapan dapat mengelakkan penyakit ini dari merebak ke tangan dan kaki.

Sentiasa lap air liur anak dan buang terus ke dalam tong sampah

Jangan biarkan air liur anak meleleh tanpa di lap, takut air lelehan ini akan berjangkit pada anak yang lain.

Pilih satu tempat untuk pesakit

Sediakan tempat yang selesa untuk pesakit. Alas cadar, dengan kain yang lain. Dr. Jamu hanya guna kain batik. Senang nak tukar.

Kerap tukar alas tidur anak anda

Seperti yang kita maklum, pesakit HFMD ini memang banyak air liur yang akan keluar. Kalau waktu tidur, memang basah cadar di buatnya. Jadi memang kena tukar setiap kali lepas tidur.

mop lantai setiap hari

Disarankan untuk mop lantai, supaya keadaan rumah lebih bersih dan mengelakkan daripada berjangkit dengan orang lain

basuh berasingan baju anak anda

Sebolehnya basuh berasingan baju anak. Ada kawan-kawan Dr. Jamu yang suka menggunakan Dettol untuk basuh. Bagi Dr.Jamu kalau nak jimat rendam dengan air panas dahulu, sudah memadai.

tidak berkongsi peralatan makanan/ minuman atau mainan dengan anak yang lain

ini penting untuk mengelakkan anak-anak yang lain daripada saling berjangkit

 

3.Beri apa sahaja minuman atau makanan yang anak anda suka

Masa ini, kalau anak anda nak makan apa-apa pun termasuklah gula-gula atau aiskrim sudah cukup menggembirakan. Sebab anak Dr. Jamu langsung tidak mahu makan apa-apa termasuk lah makanan kegemarannya.  Di sarankan makan makanan yang sejuk seperti aiskrim, ABC dan lain-lain untuk mengelakkan kesakitan pada ulser.

4. Tingkatkan imunisasi

HFMD tiada ubat, ianya akan baik dengan sendiri. Walaubagaimanapun, Dr. Jamu cuba meningkatkan sistem imunasasi atau memberi tenaga dengan memberi air buah-buahan seperti anggur. Dr. Jamu juga bagi Scott Emulsion sebagai sumber vitamin. Bagi Dr. Jamu, anda boleh beri apa sahaja yang difikirkan berkhasiat dan memberi tenaga. Asalkan makanan yang diberikan tidak memudaratkan.

5. Perhatikan keadaan dan tahap kesihatan anak

Hari keempat, anak Dr. Jamu mula kerap tidur. Menagis kemudiaan tertidur. Mungkin badan sudah mula lemah kerana langsung tidak makan dari hari kedua sehingga keempat. Susu pula sangat lah sedikit. , Dr. Jamu terus kuatkan hati dan bertegas untuk paksa minum. Hampir setiap jam Dr. Jamu akan paksa minum air sejuk (air kosong atau air buah) dan juga susu. Bila malam pun kalau anak terjaga dan sakit. Terus paksa minum air.  Alhamdullilah esok terus sihat. Bukan lah sihat sepenuhnya. Masih ada ulser tetapi berkurangan dan air liur tidak meleleh lagi.  Demam sudah tiada. Mula hendak bermain dan kembali aktif. Dan mula nak makan.

6. Paksa anak anda minum air

Memang rasa kesian, bila tengok anak anda menahan kesakitan apabila cuba minum air. Tetapi ianya lebih baik dari anak anda daripada terus terhidrasi dan semakin lemah.

 

-Semoga bermanfaat-

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement