Sambungan Ke Media Social

Informasi

Khasiat ulam raja yang ramai tidak tahu

Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus adalah antara ulam yang paling popular di Malaysia. Ianya senang di jumpai dan senang untuk ditanam. Malah ulam raja mempunyai pelbagai khasiat yang telah dibuktikan dengan kajian saintifik. Jadi tidak hairan lah jika nenek moyang kita kerap kali mengamalkan ulam ini. Malangnya, generasi sekarang lebih terikut dengan budaya makanan barat seperti makan yang diproses. Dan ada sesetengahnya hanya  mengutamakan pengambilan sayuran daripada negara luar seperti brokoli, asparagus dan lain-lain.  Tanpa menyedari sayuran daripada tempat kita juga tidak kurang hebatnya (dari segi khasiat). Tapi Dr. Jamu agak terkesima, ulam raja juga berasal daripada  Amerika Tengah [1]. Rupanya ulam raja juga berasal dari negara barat. hehe

Jom ketahui khasiat ulam raja

1.Tinggi antioksida

Ulam raja mengandungi pelbagai sebatian fenolik seperti proanthocyanidin, asid klorogenik, quercertin dan derivatifnya, dimana sebatian-sebatian ini telah dilaporkan sebagai antioksidan yang baik [2] . Kajian menunjukkan ulam raja mempunyai kapasiti antioksida yang sangat tinggi iaitu lebih kurang 2400 mg L-asid askorbik bersaman kapasiti bagi setiap 100 g sampel.  [1].  Ulam raja juga mempunyai aktiviti antioksida yang tinggi yang diukur melalui  kuasa penurun ferik sianida hapus sisa DPPH  dan  pengoksidaan asid linoleik [3]. Pentingnya antioksida ini  kerana ianya boleh membantu melawan penyakit yang dikaitkan dengan penuaan, kanser dan sakit jantung [4-5].

2. Untuk tulang

Kebiasanya ramai yang akan berfikir pengambilan susu baik untuk tulang. Percaya atau tidak, ulam raja juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber untuk menndapatkan kalsium. Malah, dilaporkan boleh merangsang pembentukan tulang [6]. Kajian juga mendapati ulam raja berpotensi untuk dijadikan sebagai rawatan alternatif bagi membaik pulih kerosakan tulang di kalangan wanita yang telah putus haid (postmenopause)  [7].

3. Peredaran darah

Sebagai rawatan tradisional untuk membantu memperbaiki peredaran darah [8].

4. Pembuka selera

Digunakan sebagai pembuka selera [9]. Dalam banyak-banyak ulam, Dr. Jamu paling menyukai rasa dan bau ulam raja. Bagi, Dr Jamu ianya lebih sedap berbanding dengan ulaman yang lain

5. Anticancer

Quercitrin iaitu salah satu sebatian yang terkandung di dalam ulam raja [10]. Ianya berpotensi  bertindak sebagai agen antikaser bagi melawan penyakit kanser paru-paru [11].

6. Kecantikan kulit

Quercitrin yang bertindak sebagai antioxidant juga didapati boleh melindungi kerosakan oksidatif yang disebabkan pendedahan kepada sinaran ultraviolet B (UVB, 280-320 nm) [12].  Pendedahan kulit kepada sinaran ini  akan menyebabkan kerosakan kulit seperti selaran matahari (sunburn), penuaan, dan kanser kulit [13]. Penuaan dan kerosakan kulit, selalunya dipandang serius oleh kaum wanita, jadi boleh mengamalkan ulam raja untuk kulit kekal cantik.

7. Untuk diabetes

Sebagai antidiabetic [14] dan antara ulam yang digunakan secara traditional untuk merawat pesakit diabetes [15]. Malah kajian  juga membuktikan ulam raja boleh digunakan sebagai terapi dalam meembantu merawat penyakit diabetes [16].

 

-Selamat Mencuba-

 

Rujukan

[1]Shui et al. 2005. Rapid screening and characterisation of antioxidants of Cosmos Caudatus using liquid chromatography coupled with mass spectrometry. Journal of Chromatography B; 127-138

[3] Andarwulan et al. 2010. Flavonoid content and antioxidant activity of vegetables from Indonesia. Food Chemistry. 121: 1231-1235

[4] Ames et al. 1993. Oxidants, antioxidants and the degenerative disease of aging. Proceeding of the National Academy of the United States of America. 90(17): 7915-7922

[5] Halliwell, B. 1996. Antioxidants in human health and disease. Annual Review of Nutrition. 16: 33-50

[6]Ismail S. 2000. Sayuran Tradisional Ulam dan Penyedap Rasa. Bangi; Universiti Kebangsaan Malaysia.

[7] Mohamed et al. 2013. The effects of Cosmos caudatus (ulam raja) on dynamic and cellular bone histomorphometry in ovariectomized rats. BMC Researh Notes, 6: 239

[8] Shui et al. 2005. Rapid screening and characterization of antioxidants of Cosmos caudatus using liquid chromatography coupled with mass spectrometry. Journal of Chromatography B. 827: 127-138.

[9] Andarwulan et al. 2012. Polyphenol, carotenoids and ascorbic acid in underutilized medicinal vegetables. Journal of functional foods. 339-347.

[10] Reihani et al. 2016. Total phenolic content and antioxidant activity of ulam raja (Cosmos caudatus) and quantification of its selected marker compounds: Effects of Extraction. International Journal of Food Properties

[11] Cincin et al. 2014. Molecular mechanisms of quercitrin-induced apoptosis in non small cell lung cancer. Archives of Medical Research. 45; 445-454

[12] Yin et al. 2013. Quercitrin protects skin from UVB-induced oxidative damage. Toxicology an Applied Pharmocology. 89-99

[13] Fisher et al. 1996. Molecular basis of sun-induced premature skin ageing and retinoid antogonism. Nature 379, 335-339.

[14] Perumal et al. 2014. Effect of Cosmos caudatus Kunth leaves on the lipid profile of a hyperlipidemia-induced animal model. Journal of Food Chemistry and Nutrition. 2(1): 43-51.

[15] Sekar et al. 2014. Ten commonly available medicinal plants in Malaysia used for the treatment of diabetes-a review. Asian Journal of Pharmeceutical and Clinical Research. 7(1)

[16]Cheng et al. 2016. Effect of Cosmos caudatus (Ulam raja) supplementation in patients with type 2 diabetes: Study protocol for a randomized controlled trial. BMC Complementary and Alternative Medicine, 16:84

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement