Sambungan Ke Media Social

Informasi

Jangkitan Rotavirus: Salah satu punca kematian kanak-kanak seluruh dunia

Apa itu rotavirus?

Rotavirus adalah virus yang menyebabkan radang pada perut dan usus, berlaku terutamanya kepada golongan kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun [1]. Virus ini menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk sehingga menyebabkan kehilangan air dalam badan dan jika tidak terkawal boleh menyebabkan kematian. Oleh itu ibu bapa perlulah serba sedikit ambil tahu tentang penyakit ini supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

 

Rotavirus

 

Bagaimana rotavirus ini merebak ? [2]

Rotavirus merebak melalui najis ke mulut. Iaitu bermaksud virus merebak melalui najis orang yang dijangkiti, ke mulut melalui perantaraan seperti sentuhan;

  • Tangan
  • Alat mainan
  • Apa-apa sahaja permukaan seperti lantai
  • Makanan
  • Air minuman

Contoh gambar yang menunjukkan bagaimana virus ini tersebar

 

Tanda-tanda jangkitan rotavirus [3]

Jika anak anda telah dijangkiti virus ini, ianya akan mengambil masa 2 hari untuk menunjukkan gejala jangkitan seperti;

  • Cirit birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit di bahagian abdomen
  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Dehidrasi (badan kehilangan air)

Tanda-tanda terhidrasi

  • Mulut dan tekak yang kering
  • Air kencing semakin berkurangan
  • Pening- pening lalat atau kepala apabila berdiri (Tidak larat untuk berdiri)
  • Sudah tiada air mata untuk menagis
  • Kerap tidur dan tidak aktif

Cirit-birit dan muntah-muntah boleh berterusan sehingga 3-8 hari. Oleh itu, kami menyarankan agar segera berjumpa dengan doctor sebelum anak anda terhidrasi. Iaitu bawa jumpa doktor pada saat anak anda cirit birit dan muntah-muntah lagi. Juga pastikan anak anda minum air dengan banyak dan pengambilan buah-buahan yang tinggi kandungan air.

 

Bagaimana untuk mengelak daripada jangkitan rotavirus?

  1. Amalan kebersihan tinggi
  • Jadikan amalan membasuh tangan sebelum makan sebagai rutin untuk anda sekeluarga
  • Disarankan beri pendedahan kepada anak anda, kepentingan membasuh tangan selepas membuang air.
  • Basuh dahulu alat mainan sebelum diberikan kepada anak anda.
  • Elakkan makan dan minum, di tempat yang diragui kebersihannya
  • Elakkan makan dan minum di tempat yang tidak menutup makanannya dan banyak lalat.
  • Elakkan mandi di tempat awam seperti kolam renang
  • Elakkan basuh atau tukar lampin di sinki dapur, atau basuh dengan bersih sinki selepas dan sebelum penggunaan.
  1. Vaksin
  • Menurut ahli professional vaksin adalah kaedah yang terbaik untuk mengelak penyakit rotavirus ini. Kajian juga menunjukkan hampir 95% kadar pengurangan pesakit dimasukkan ke dalam hospital akibat virus ini dengan vaksinasi [4].

 

Vaksin rotavirus diberikan secara oral

 

  1. Tempat yang dicemari wabak
  • Elakkan pergi melancong di negara atau tempat yang mengalami masalah wabak.

 

Rawatan untuk jangkitan rotavirus  [5]

1. Tiada ubat khas untuk mengubati jangkitan rotavirus

– Tiada ubat antivirus untuk mengubati jangkitan rotavirus

– Antibiotik pula tidak sesuai digunakan kerana antibiotik untuk melawan bakteria dan bukannya virus

2. Rehidrasi oral

– Iaitu bancuhan air garam galian yang diberi secara oral untuk mengelakkan kehilangan cecair dalam badan

3. Cecair  Intravena (IV)

– Untuk tahap yang teruk atau kritikal, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk dimasukkan cecair ini.

 

Rujukan

[1] Frieden, T.R., Jaffe, H. W., Stephens, J.W., Thacker, S.B. & Zaza, S. 2011. Centre for Disease Control and Prevention, Rotavirus surveillance-worldwide 2009. MMWR Morbidity and mortality weekly report. 60 (16), 514-516.

[2] Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/rotavirus/about/transmission.html

[3] Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/rotavirus/about/symptoms.html

[4] PATH. National RV introductions by geographic region: 80 countries.2015. http://sites.Path. Org/rotavirusvaccine/files/2015/12/PATH-Worldwide-Rotavirus-Vaccine-Introduction-Map-EN-2016.01.01_WHO.jpg. Accessed February 2016

[5] Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/rotavirus/about/treatment.html

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement