Sambungan Ke Media Social

Informasi

Gaya hidup minimalis- Be more with less

Tahun ini, Dr. Jamu berhajat untuk mempraktikkan gaya hidup minimalis, to be more with less.  Bagi Dr. Jamu ianya adalah kehidupan yang mengajar anda untuk hidup secara bersederhana. Hidup dengan lebih mudah, lebih praktikal dan jelas dengan matlamat atau kehendak diri. Hidup secara minimalis membantu untuk mengenal pasti sesuatu barang paling diperlukan dan bermakna untuk diri anda. Ini akan menjadikan anda lebih fokus kepada setiap barang yang dimiliki kerana barang yang dimiliki lebih sedikit. Jadi ruang penyimpanan lebih luas dan tersusun.  Lebih mudah mencapai barang yang di kehendaki dan kehidupan anda lebih efisien.

 

Perhatikan salah satu sudut penyimpanan anda, contohnya meja solek anda.  Cuba asingkan barang atau make up yang tidak diperlukan, jarang digunakan atau yang tiada nilai untuk diri anda. Salah satu barang yang Dr. Jamu asingkan adalah eye-shadow yang palet utamanya sudah habis dipakai. Alasan utama  menyimpannya kerana masih ada palet warna lain, jadi tidak mahu membazir untuk membuangnya.  Mungkin satu hari, Dr. Jamu akan menggunakan. Tetapi untuk menunggu mungkin satu hari, sekarang ini sudah hampir 3 tahun Dr. Jamu menyimpannya tanpa sekalipun menggunakannya. Mungkin inilah yang dikatakan hanya mahu memiliki tetapi sebenarnya tidak diperlukan.

Setelah mencuba menjadi minimalis di ruang meja solek dan hanya meninggalkan barang dan make up yang selalu digunakan. Apa yang Dr. Jamu dapati. Ruang meja solek lebih kemas dan tersusun. Mempunyai perasaan yang lebih tenang dan yang paling menarik Dr. Jamu bersiap dengan lebih cepat. Ini kerana, pemikiran Dr. Jamu lebih fokus kepada barangan yang dikehendaki. Ibaratnya terus nampak, terus ambil, dan terus pakai dan SIAP BERSOLEK. Jadi dengan mengamalkan hidup minimalis, anda akan lebih efektif dan efisien.  Anda akan mempunyai masa lebih untuk diri sendiri, lebih masa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Lebih masa untuk komunikasi yang lebih baik dengan keluarga dan rakan-rakan. Bagi Dr Jamu, mereka yang sesuai untuk mengamalkan hidup minimalis adalah seperti yanng berikut;

1. Ruang terhad & Kerap bersepah

Hidup minimalist sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang penyimpanan yang terhad. Contohnya rumah yang kecil dan mempunyai bilik tidur yang terhad tetapi mempunyai ahli keluarga yang ramai.  Jika ruang kecil tetapi banyak barang, besar kemungkinan kawasan kediaman anda akan cepat bersepah. Lagi teruk sepahnya, jika anda tiada kabinet atau rak yang dapat membantu anda untuk jadi lebih tersusun seperti rak kasut, kabinet dapur dan sebagainya.

2. Stamina menurun dan cepat tertekan

Jika dulu tugas-tugas yang mudah seperti mengemas rumah dan memasak tidak akan memenatkan anda. Malah anda suka melakukannya tetapi apabila usia sudah meningkat dan anak sudah semakin ramai. Pastinya tugas ini akan memenatkan dan sedikit sebanyak memberi tekanan pada anda. Mungkin sudah  tiba masanya untuk anda cuba tukar gaya hidup kepada hidup minimalis dan rasai perbezaannya.

3. Selalu membazir

Cuba perhatikan barang personal anda dibilik. Adakah ada barang yang telah lama beli tetapi hanya sekali dua sahaja digunakan? Jika ada, ini adalah satu pembaziran.  Mungkin anda ingin mengikuti trend atau rakan-rakan tapi sebenarnya ianya tidak sesuai dan tidak praktikal dengan gaya hidup anda. Contohnya, Dr. Jamu sendiri. Kadang-kala teringin make- up dengan eye-shadow yang banyak warna. Ala-ala model gitu. Tetapi masalahnya Dr. Jamu tak reti, walaupun sudah belajar dari youtube. Jadi make- up yang dibeli hanya jadi perhiasan dan membazir. Jadi minimalis kan barang anda dengan membeli barang yang akan  digunakan sahaja. Lebihkan kualiti daripada kuantiti.  Buying less, but better.

4. Tiada masa untuk diri sendiri

Selalunya  wanita yang sudah berkhawin dan mempunyai anak, mempunyai masa yang terhad untuk diri sendiri. Ini kerana kesibukan menguruskan rumah tangga dan melayan keluarga.  Jika anda mempunyai pembantu rumah, mungkin beban ini akan berkurang tetapi jika anda melakukan sendiri A to Z sememangnya tugas yang agak mencabar. Jika anda,  tiada masa untuk rehat yang cukup. Tiada masa untuk melakukan perkara yang diminati. Malah tiada masa untuk menjaga kecantikan dan kesihatan diri.

 

 

Bagi Dr. Jamu kesibukan anda sudah mencapai tahap kritikal, jika anda membiarkan bulu  di kawasan kaki (jika sebelum ini anda memang mencukurnya)  dan genital panjang. Kulit pun dibiarkan kusam tanpa mengambil sebarang tindakan. Malah solat anda pun tergesa-gesa dan tidak khusyuk. Mengapa ini berlaku? kerana masa lebih tertumpu untuk mengemas rumah yang selalu bersepah, kain yang sentiasa banyak untuk dibasuh dan dilipat. Keluarga anda selalu kehilangan barang, atas sebab tidak ingat letak dimana. Pinggan dan cawan yang sentiasa ada disinki untuk dibasuh. Mengapa ini berlaku? kerana anda mempunyai banyak barang. Contohnya, semakin banyak pinggan dan cawan didapur yang diletak untuk kegunaan harian, semakin banyak lah yang perlu dibasuh.

5. Ketenangan dalam keserderhanaan

Bagi Dr. Jamu kehidupan minimalis ini bukannya kehidupan radikal, yang hidup dalam serba kekurangan. Tidak sama sekali. Ianya adalah hidup secara sederhana yang secara tidak langsung akan membawa ketenangan. Ini kerana hidup minimalis akan menjadikan anda tidak terlalu obses dengan sesuatu yang diminati seperti baju, kasut, alat make up dan lain-lain. Minimalis juga akan mendidik anda supaya tidak mempunyai barang yang terlampau banyak, lebih-lebih lagi barang tersebut akhirnya hanya untuk disimpan.

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement