Sambungan Ke Media Social

Informasi

Betul ke MAHA 2018 kurang menarik?

Boleh dikatakan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa ataupun lebih dikenali sebagai MAHA adalah salah satu “event” yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Untuk tahun ini iaitu 2018, MAHA bermula pada 22/11/2018 sehingga 2/12/2018.  Penganjuran yang pertama yang Dr. Jamu pergi, kalau tak silap pada tahun 2000. Masih bersekolah lagi pada ketika itu. Memang seronok setiap kali pergi ke MAHA sebab kerja Dr. Jamu makan, makanan free/tester. Boleh kenyang perut dibuatnya. Tapi tahun ini Dr. Jamu rasa kelainan sedikit,rasa kurang meriah, kurang pameran, kurang buah-buahan dan kurang produk-produk makanan. Apabila kurang produk makanan, kurang buah,  maka-nya kuranglah makanan tester. Bila kurang makanan tester dan untuk mengenali produk-produk tempatan, maka kurang gembira Dr. Jamu. Heheh.

Dr. Jamu pergi pada Jumaat yang lepas, iaitu 23/11/2018 bersama emak Dr. Jamu. Kami membuat spekulasi yang sama iaitu tidak meriah seperti yang sebelumnya. Dan emak Dr. Jamu  yang sebelum ini juga pernah mengikuti anjuran pameran MAHA. Kami berdua dalam kekecewaan. HAHAH. Over pula. Tidak lah semua tempat kami sempat pergi, sebab pameran MAHA memang besar. Yang sempat kami pergi HALL C and D, tempat jualan buahan, jualan pokok-pokok herba dan food truck. Tak sempat nak pergi Kampung Digital Mok Cun. Memang nak pergi, kot2 lah dapat jumpa Erma Fatima. hehe.  Walaupun tak berapa menarik hampir RM100 jugak DR. Jamu berbelanja di MAHA. haha

Yang Dr. Jamu beli dan syorkan

Beli bahan mentah (perikanan)

Agrotruck FAMA (Berhadapan castle of fruit)

Macam-macam juga DR. Jamu beli seperti ikan siakap, ikan bawal, ikan kerisi, ikan kerapu. Best sebab segar, harga pula sama standard dengan pasaran. Contohnya Ikan siakap saiz sederhana dalam RM 8-10. Sama je macam di pasar, cuma yang nie dari hasil laut. Memang sedap.

Beli Buah-buahan

Buahan pun macam hampir sama dengan pasaran. Kebanyakkan datang dari jauh, seperti Johor. Mungkin kos pengangkutan. Hehe.  Yang paling banyak dijual nenas. Kak Dr. Jamu sibuk mengirim nenas MD2, cara kirim mengalahkan orang mengidam. Hehe. Sekadar nasihat dan supaya lebih berhati-hati. Ada buah yang Dr. Jamu beli seperti betik dan jambu batu rosak/busuk. Pilih terlebih dahulu. Kecewa sekali lagi, bila beli nenas DM2. Masa tester punya lah manis, bila dah beli potong dirumah, ada yang masam dan xsemanis seperti tester. Sob2.  Walaupun Dr. Jamu sudah pesan pada peniaga untuk pilihkan & untuk potong pada hari Jumaat itu jugak. Untuk beli nenas DM2, kalau boleh survey juga, sebab ada gerai yang jual dengan lebih murah.

Beli Dim Sum Kuale

Kredit: Instagram #dimsumkuale

Sewaktu di Hall C, Dr. Jamu didekati seorang peniaga untuk membeli dim sum kuale, buatan orang melayu. Booth terletak di C091. Murah sahaja 3 jenis dim sum hanya RM 5 bersama sos mereka. Sedap.  Tak keterlaluan bagi pendapat Dr. Jamu, ianya setaraf kalau di jadikan sebagai salah satu menu dim sum di Hotel Equotarial (yang sekarang di kenali Hotel Bangi-Putrajaya). Dr. Jamu tak sempat nak ambil gambar, lapar dan terus makan licin. haha. Rasa nak pergi lagi sekali MAHA untuk beli Dim SUM ini. Nyum2. Untuk pengetahuan, mereka juga menawarkan perkhidmatan untuk menjadi stokis.

Sempat ambik kad, sebab rupa dim sum yang komersial

Akhir kata,  kami pun buat laporan kepada kak Dr. Jamu, yang ala-ala professor gitu. “Kesimpulannya tak begitu menarik”. Professor a.k.a kak Dr. Jamu tak percaya, kata nya kami salah tempat. Tak pergi tempat yang menarik. hahah. Professor akan pergi sendiri ke MAHA. hahah

Wallahualam

Hanya sekadar pandangan

 

 

 

 

Komen Facebook
Baca Selanjutnya
Advertisement
Klik untuk komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement